Buletin

PERODUA AKAN PERKENAL ALZA FACELIFT BULAN DEPAN?

Semalam, dalam sidang media sewaktu perbentangan prestasi jualan Perodua di Perodua Sentral, Petaling Jaya, kami sempat mengajukan soalan tentang MPV Perodua nan satu ini. Perodua Alza.

Nak dijadikan cerita, awal bulan ini, Abang Japar pergi ke salah sebuah pusat jualan Perodua untuk bertanyakan tentang Perodua Alza. Jurujual memberitahu bahawa stok Perodua Alza untuk model SE dan Advanced (varian tertinggi) sudah habis sepenuhnya dan ia jawapan yang sama diperolehi dari beberapa pusat jualan Perodua.

Beberapa jawapan dari sumber yang rapat dengan Perodua memberitahu bahawa Alza akan mendapat perubahan baru pada bulan September nanti. Kerana itu juga, pusat jualan hanya menghabiskan stok Alza sedia ada dan kebanyakannya adalah varian rendah (Alza S Spec)

BACA: PERODUA PALING LARIS 1H 2018

Dalam sidang media semalam ketika wakil mekanika tentang berita model Alza, Pengarah Urusan Jualan Perodua, Dato’ Dr. Zahari Husin tidak memberi jawapan yang spesifik. Beliau bagaimanapu memberi bayangan akan ada kemaskini pada model tersebut.

“Akan ada penambahbaikan pada Alza, sudah tentu, ia sebuah model yang lama (2009) tanpa banyak pengubahsuaian. Tetapi lama tak bererti ia tak menarik. Ia masih lagi MPV yang laris. Anda tunggu dan kami akan umumkannya,” 

Jadi kata kuncinya ialah “penambahbaikan”  – mengikut apa yang difahami, ia boleh diterjemahkan kepada versi facelift kerana tidak pernah industri menyebut penambahbaikan sebagai model baru (FCM – Full Complete Model)

Mengikut pandangan kami, Alza yang diperkenalkan pada 2009 memang sudah sampai masanya, memerlukan penambahbaikan yang drastik untuk kekal relevan.

Sebenarnya, MPV ini pernah mendapat perubahan kosmetik pada 2014 menerusi perubahan kit badan, rim dan juga kemasan dalaman kecil.

Dibandingkan dengan ahli keluarga yang lain seperti Myvi, Bezza dan Axia yang masing-masing telah menggunakan ciri-ciri moden, hanya Alza sahaja yang masih belum menggunakan ciri-ciri seperti push start button, sistem kemasukan tanpa kunci, ESC dan pertambahan beg udara. 

Apa kata anda?

Google ads
Back to top button