Buletin

PIRELLI COLLEZIONE – TAYAR UNTUK JENTERA KLASIK 50, 60 & 70-AN 

Jenama tayar terkemuka dari Itali, Pirelli baru-baru ini mengumumkan satu rangkaian tayar baru yang dikenali sebagai Pirelli Collezione. 

Tayar Pirelli Collezione dikeluarkan khusus untuk jentera vintaj tahun 190-50, 1960 dan 1970-an yang sememangnya mempunyai saiz berbeza dengan tayar zaman sekarang. Apa yang pasti, tayar tersebut dilengkapi teknologi terkini Pirelli untuk menawarkan prestasi terbaik kepada pemandunya. 

Antara kereta vintaj yang boleh dimuatkan dengan tayar Pirelli Collezione termasuklah Ferrari, Mercedes 300SL, Lamborghini Miura, Volkswagen Beetle dan Porsche 911. Tayar Cinturato CN36 dan P7 dihasilkan dengan kerjasama Porsche. 

Pirelli mempunyai warisan selama 140 tahun dalam penghasilan tayar berprestasi tinggi. Ketika membangunkan tayar Pirelli Collezione, pasukan jurutera Pirelli menggunakan parameter sama seperti jurutera kenderaan. 

Mereka mengkaji aspek proses reka bentuk, meneliti arkib dan peralatan asal jenama terbabit. Ini bagi menghasilkan karekter tayar yang dapat berfungsi secara harmoni dengan talaan asal suspensi semua kereta tersebut.  

Dari segi reka bentuk pula, tayar ini mengekalkan perkataan yang sama pada dindingnya. 

Rangkaian penuh Pirelli Collezione adalah seperti berikut:  

1. Cinturato CA67 (1950-an) – Digunakan pada kereta seperti Aston Martin DB5, Ferrari 250 GT dan Mercedes 300SL “Gullwing”. Harga bermula AS$273 (RM1,150) seunit.

2. Cinturato CN72 (1960-an) – Tayar berprofail tinggi untuk rangkaian model Ferrari, Maserati 4000 dan 5000. Selain model Aston Martin DB6, Ferrari Daytona, Lamborghini Miura P400 dan original Maserati Ghibli. Harga bermula AS$423 (RM1,770) seunit.

3. Cinturato CN72 (1960-an) – Pada asalnya dihasilkan pada tahun 1968 khas untuk Fiat Dino. Didatangkan dalam beberapa saiz, ia kini boleh digunakan pada Porsche 911, Ferrari Dino dan rangkaian model Mercedes 280. Harga bermula AS$253 (RM1,062) seunit.

4. Cinturato CN12 (1970-an) – Tayar berprofail rendah ini sesuai untuk digunakan pada model Lamborghini Miura, Maserati Bora, Aston Martin DB4, Jaguar E-Type dan banyak lagi. Harga bermula AS$412 (RM1,730) seunit.

5. Cinturato P7 (1970-an) – Dilancarkan pada tahun 1976, tayar ini mencetuskan inovasi penting dalam dunia perlumbaan. Ia sesuai untuk model-model Porsche 911 G, termasuklah Carrera Coupe. Harga bermula AS$297 (RM1,250) seunit.

6. Cinturato P5 (1970-an) – Dibangunkan untuk model sedan mewah Jaguar sekitar tahun 1970. Digunakan untuk model seperti Jaguar XJ40. Harga bermula AS$445 (RM1,870) seunit.

7. P7 CORSA Classic – Tayar untuk sukan bermotor ini sesuai digunakan pada model Ferrari 308, Fiat 131 Abarth, Audi Quattro GrB dan banyak lagi. Harga bermula AS$236 (RM991) seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button