Buletin

PUSAT SERVIS PROTON BUKA 7 HARI SEMINGGU

PROTON Holdings Berhad (Proton) baru-baru ini mengumumkan bahawa pusat-pusat servis di kawasan urban akan dibuka tujuh hari seminggu.  

Proton-service-centre-mekanika (3)

Proton kini mempunyai 270 pusat servis di seluruh negara dengan 16 daripadanya telah dinaik taraf menjadi 4S. Sebagai permulaan, sebanyak 47 outlet akan dibuka tujuh hari seminggu bermula 10 Oktober 2014. Sementara bakinya akan bermula pada Januari 2015.

Langkah itu dibuat bagi menawarkan servis berkualiti dan memberi kemudahan kepada pra pelanggannya. Ia juga selari dengan pelancaran model terbaharu Proton, Iriz.

SONY DSC

“Kami setuju bahawa penghasilan kereta berkualiti tinggi harus seiring dengan aspek perkhidmatan selepas jualan. Justeru, kami akan melaksanakan penambahbaikan di semua peringkat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Abdul Harith turut menyatakan bahawa cabaran pihaknya kini adalah penggunaan barangan tiruan apabila pelanggan melakukan servis di pusat servis tidak bertauliah. Penggunaan komponen tiruan boleh merosakkan kereta, membahayakan keselamatan dan menyebabkan jaminan kenderaan terbatal.

Untuk mengetahui senarai pusat servis yang terlibat, pelanggan dinasihati menghubungi PROTON We-Care di talian 1-800-888-398 atau layari laman web: www.proton.com Mereka juga dinasihatkan supaya membuat temu janji untuk menyelenggara kenderaan masing-masing.

Proton-service-centre-mekanika (1)

Sempena usaha tersebut, Proton juga telah merasmikan pembukaan pusat servis yang dinaik taraf menjadi pusat servis 4S.

Mercu Usaha Mesra Corporation (MUMC) yang merupakan pengedar Proton sejak tahun 2005 telah berpindah ke bangunan baharu Sungai Petani, Kedah. Bangunan berkeluasan 78,000 kaki persegi itu melibatkan dua buah lot kedai. Ia menjadi pusat 4S kedua di wilayah Utara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button