Peranti

PENCETAK LAZER CANON – TINGKAT PRODUKTIVITI, JIMAT

Para pengguna di jabatan-jabatan kerajaan, SOHO dan SME sememangnya mahukan pencetak yang telah dipertingkatkan prestasinya, kelajuan pencetakan yang tinggi dan kos efektif.

SONY DSC

Kini mereka boleh memilikinya kerana Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (Canon) baru sahaja melancarkan model terbaharu dalam rangkaian pencetak laser monokrom fungsi tunggalnya iaitu imageCLASS LBP6030, LBP6030w dan LBP6230dn.

canon-imageCLASS LBP6030w-mekanika (3)

“Menerusi pengenalan model-model pencetak baharu dan fokus terhadap pencetak lazer, kami berazam untuk meningkatkan penguasaan pasaran pencetak lazer kepada 23 peratus.

“Matlamat ini mampu dicapai kerana kami akan memberi perhatian kepada pasaran SME, syarikat-syarikat dan jabatan kerajaan,” jelas Ketua Bahagian Sistem Produk Pengguna (CSP) Canon, Jeffrey Kung.

canon-imageCLASS LBP6030w-mekanika (1)

Tampil dengan reka bentuk kompak dan kontemporari, model imageCLASS LBP6030 dan LBP6030w merupakan penyelesaian ideal untuk mereka yang bekerja di ruang kecil seperti Small Office/Home Offices (SOHO). Namun begitu, di sebalik saiznya yang kecil, model-model ini tetap berkuasa dari segi prestasi dan kelajuannya.

Terima kasih kepada teknologi pembaikan mengikut keperluan (On-Demand fixing) dan Canon UFR II LT ciptaan Canon, pencetak LBP6030 dan LBP6030w mempunyai tempoh cetakan pertama 7.8 saat dan kelajuan cetakan pantas sehingga 18 halaman seminit (ppm).

SONY DSC

Kelajuan kedua-dua pencetak ini sememangnya diperlukan oleh para pengguna di SOHO yang mana produktiviti adalah amat penting. Aspek ini dipertingkatkan lagi melalui kartrij dakwat semua dalam satu yang membolehkan pengguna menggantikan kartrij pencetak yang telah digunakan dengan mudah dan efektif.

Dengan fungsi Wi-Fi binaan dalam, pencetak imageCLASS LBP6030w menawarkan pengguna di SOHO moden lebih kemudahan dari segi pencetakan tanpa wayar, selagi mereka berada dalam lingkungan Wi-Fi.

SONY DSC

Satu butang WPS pada pencetak juga membolehkan mereka membentuk satu sambungan tanpa wayar yang selamat dengan mudah kepada rangkaian sedia ada. Sebagai tambahan, aplikasi Canon Mobile Printing menjadikannya lebih mudah dan produktif buat pengendali perniagaan kecil untuk mencetak imej serta dokumen kepada LBP6030w daripada peranti pintar mereka. Apa yang mereka perlu lakukan adalah memastikan peranti mudah alih dan pencetak bersambung pada rangkaian yang sama.

Beberapa ciri penjimatan tenaga yang ada pada imageCLASS LBP6030 dan LBP6030w menjadikannya antara pencetak paling menjimatkan tenaga dalam kelasnya.

canon-imageCLASS-LBP6030-mekanika (1)

Kedua-dua pencetak ini memiliki kadar Penggunaan Elektrik Tipikal (TEC) 0.48kWh seminggu. Malah ia menggunakan lebih sedikit tenaga elektrik dalam Sleep Mode pada 0.8W atau 1.6W apabila fungsi Wi-Fi diaktifkan (untuk model LBP6030w).

Turut dipacu oleh teknologi pembaikan mengikut keperluan (On-Demand fixing) dan Canon UFR II LT, para pengguna dalam persekitaran perniagaan lebih besar seperti SME dan jabatan-jabatan kerajaan pasti akan kagum dengan tempoh cetakan pertama LBP6230dn yang hanya memakan masa 6 saat dan kelajuan mencetak sehingga 25ppm.

canon-lbp6230dn-mekanika (3)

Bukan itu sahaja, model ini turut menampilkan Teknologi Pengimejan yang telah dipertingkatkan. LBP6230dn mampu menghasilkan dokumen dengan imej yang jelas bersamaan sehingga 1200 x 1200 dpi. Digabungkan dengan fungsi cetakan pendua automatik, LBP6230dn pasti akan menggembirakan pengguna menerusi kualiti dan kelajuan cetakannya, di samping kemampuan dan kecekapan cetakan yang lebih baik.

LBP6230dn menawarkan para pengguna dengan fleksibiliti pelbagai ketersambungan untuk disesuaikan dengan apa jua persekitaran. Sambungan USB berkelajuan tinggi mudah untuk kegunaan peribadi, manakala port wayar 10 Base T/100 Base TX Ethernet pula membolehkan para pengguna untuk berkongsi pencetak ini di dalam pejabat sebaik sahaja disambungkan kepada rangkaian sedia ada.

canon-lbp6230dn-mekanika (1)

Sebagai alternatif, para pengguna juga boleh mencetak secara terus daripada peranti mudah alih mereka menggunakan aplikasi Canon Mobile Printing selagi mereka disambungkan dengan Access Point tanpa wayar yang sama. Dengan tambahan pilihan ketersambungan ini, LBP6230dn dijangka dapat meningkatkan produktiviti, pada masa sama mengekalkan kos yang efisien.

Sama seperti model LBP6030 dan LBP6030w, LBP6230dn menampilkan pelbagai fungsi menjimatkan kuasa yang membolehkan para pengguna untuk meningkatkan penjimatan tenaga dengan signifikan. Sebagai tambahan kepada kadar (TEC) yang hanya 0.7kwh seminggu, LBP6230dn turut hadir bersama ciri Auto Sleep dan Auto Shutdown, sekali gus merekodkan penggunaan tenaga cuma 0.8W dalam Sleep Mode.

SONY DSC

Pencetak laser fungsi tunggal imageCLASS LBP6030, LBP6030w dan LBP6230dn boleh didapati di cawangan-cawangan sah Canon yang terpilih mulai sekarang.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button