Buletin

SAHAM GEELY MELONJAK SELEPAS BERITA BELI SAHAM PROTON TERSEBAR

Harga saham Geely Automobile Holdings melonjak naik selepas berita mengenai perkembangan mereka dengan Proton Holding tersebar sejak minggu lalu. Geely dikatakan mendahului bidaan untuk pegangan saham majoriti bagi kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim.

Jumaat lepas, saham Geely meningkat setinggi 9 peratus dan berakhir pada 8.4 peratus pada paras HK$9.75 di Hong Kong, seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post. Ia adalah prestasi terbaik Geely dalam tahun ini menjadikannya saham dominan di antara 473 saham lain yang diadftarkan di Hang Seng Composite Index.

BACA: GEELY HAMPIR PASTI BERSAMA PROTON

BACA: LYNK & CO – JENAMA MEWAH DARI GEELY

Dalam laporan awal oleh akhbar tempatan The Star Khamis lepas, Geely didakwa mendahului bidaan tertinggi bagi mendapatkan pegangan majoriti 51 peratus saham untuk kuasai kilang pengeluaran berkapasiti penuh di Tanjung Malim, Perak.

Pada 2010, Geely menyelamatkan Volvo daripada Ford Motor pada nilai USD1.8 billion atau hampir RM8 Billion. Selain Volvo, mereka juga memiliki Manganese Bronze, syarikat yang memasang teksi TX4- London Black Cab. Ia dipasang dikilangnya di Shanghai khas untuk pasaran teksi di Britain.

Tahun lalu, Geely mengumumkan sasaran jualan 2017 dengan jangkaan 1 juta unit. Ia peningkatan 34 peratus berbanding tahun lepas. Laporan kewangan Geely juga menunjukkan peningkatan keuntungan lebih sekali ganda pada tahun lalu berbanding 2015.

Sumber

South China Morning Post

 

 

 

Google ads
Back to top button