Buletin

SUV MASA DEPAN LYNK & CO. 01

Jenama baru, Lynk & Co. mendedahkan kenderaan pertamanya, sebuah SUV kompak yang diberi nama 01. Direka oleh Peter Horbury dan dijuruterakan di Sweden, gayaan 10 pasti memberi impak di atas jalan raya.

Lynk & Co. sebenarnya jenama di bawah pengeluar kenderaan dari China ,Geely yang juga pemilik Volvo. Jadi, tidak hairanlah jika SUV iu dibina di atas platform Compact Modular Architecture (CMA) Volvo.

Lynk-&-Co-01-mekanika (6)

CMA akan digunakan untuk model-model masa depan Lynk & Co. yang merangkumi sedan, hatchback dan Crossover. Ia menggunakan khidmat enjin tiga silinder 1.5 liter atau empat silinder 2.0 liter daripada Volvo yang dipadankan dengan kotak gear klac berkembar.

Menggunakan pacuan roda hadapan atau semua roda, semua kenderaan Lynk & Co. turut ditawarkan dalam varian hibrid dan plug-in hybrid, dengan kemungkinan model elektrik sepenuhnya.

Lynk-&-Co-01-mekanika (5)

01 merupakan jentera pertama daripada empat model yang bakal diperkenalkan oleh Lynk & Co. menjelang tahun 2021. Lynk & Co. mendakwa 01 sebagai kenderaan yang paling terhubung pernah dihasilkan.

Jentera tersebut memanfaatkan satu platform digital terbuka yang membolehkan pihak ketiga membangunkan aplikasi untuk Lynk & Co. Setakat ini, Microsoft dan Alibaba Group dilaporkan bakal membekalkan perkhidmatan perisian dan mengendalikan aspek ketersambungan 01.

BACA: GEELY BAKAL AMBILALIH PROTON

BACA: SAHAM GEELY MELONJAK GARA-GARA PROTON

Program aplikasi terbuka meliputi komunikasi di antara kenderaan. Ini membolehkan kereta Lynk & Co untuk berkongsi data di antara satu sama lain dan memiliki satu stor aplikasi khas.

Perkongsian kenderaan merupakan antara ciri utama 01. Lynk & Co. mahu SUV itu menawarkan lebih daripada pembelian tradisional atau pilihan pajakan. Dengan menggunakan satu kunci digital, kenderaan itu boleh disewa dalam tempoh tertentu.

Lynk-&-Co-01-mekanika (4)

Sama seperti Tesla, Lynk & Co. merancang untuk menjual kenderaan secara majoritinya menerusi internet dan sebahagian kecil dari kilang. Dengan tidak melibatkan pengedar, ia berharap dapat mengurangkan harga 01.

Secara luaran, 01 memiliki penampilan tersendiri dengan gabungan bahasa rekaan Volvo Concept 40.1. Tanpa banyak perincian, kita boleh lihat 01 dilengkapi bumbung panoramik, pengecas tanpa wayar dan skrin sentuh bersaiz 10 inci bersama kawalan yang diaktifkan oleh suara di dalam kabinnya.

Dengan ‘campur tangan’ Volvo, sudah pasti 01 padat dengan pelbagai sistem keselamatan tercanggih. SUV ini dijangka mula dijual di China pada tahun depan, sebelum diikuti oleh Eropah dan Amerika Syarikat setahun kemudian.

 

Google ads
Back to top button