Buletin

REBAT RM4,000 PROTON IRIZ BUAT PEMANDU UBER & GRAB

Pemandu bagi program applikasi “ride share app” seperti Uber dan Grab kini bakal mendapat insentif baru seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017 oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak semalam.

Proton bakal memberi rebat tambahan RM4,000 kepada pembeli yang merancang untuk mendapatkan kereta model Proton Iriz. Ia sebagai insentif menggalakkan golongan B40 yang memiliki pendapatan di bawah RM40,000 setahun.

Ia adalah peluang terbuka untuk semua. Dalam kenyataannya semalam juga, Najib memberitahu ia sebagai satu usaha yang harus bermula dari individu yang ingin menambah pendapatan. Uber dan Grab adalah contoh ride-share app” moden yang berjaya memvariasikan sistem pengangkutan sedia ada.

MILIKI PROTON DENGAN KADAR FAEDAH 1.99%!

Ia boleh menjanan pendapatan sehingga RM1,500 pendapatan tambahan sebulan hanya dengan memandu separuh masa, sekitar 10-4o jam seminggu, sementara itu, mereka yang rajin, berpeluang mendapat sehingga RM4,300 sebulan dengan purata pemanduan 10-40 jam seminggu.

PIhak Proton juga dalam satu kenyataan lewat semalam turut menyambut baik usaha ini. Mereka juga berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang kepada ramai orang memiliki kereta dan berkongsi cara mendapatkan wang tambahan menerusi perkongsian ride sharing tersebut.

 

Google ads
Back to top button