Buletin

TREND ENJIN KECIL BAKAL BERAKHIR – BOS VW

Jika anda mengikuti perkembangan dunia automotif, antara trend penting yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini ialah pengecilan kapasiti enjin.

Perkembangan itu dapat dilihat dengan jelas, terutama dalam kalangan pengeluar kenderaan dari Eropah. Mereka cenderung menghasilkan enjin turbo yang kecil, tetapi mampu menghasilkan kuasa dan tork yang setanding atau lebih baik berbanding enjin bersesaran lebih besar.

Namun, Pengerusi Volkswagen, Herbert Diess menyatakan bahawa trend itu akan berakhir tidak lama lagi. Malah, satu laporan Reuters pada tahun lalu menyatakan  bahawa Volkswagen, General Motors dan Renault sudah mula meningkatkan sesaran enjin masing-masing.

BACA: VOLKSWAGEN LANJUTKAN JAMINAN KOTAK GEAR DSG 2 TAHUN LAGI! 

Kenapa perubahan ini berlaku? Antara sebab utamanya adalah enjin tiga atau empat silinder sebenarnya menghasilkan emisi yang lebih tinggi. Bukan itu sahaja, sistem pengecas turbo pada enjin tersebut juga selalu mengalami masalah panas (overheating).

Bagi mengatasi masalah tersebut, pengeluar membangunkan enjin yang mampu menyuntik lebih banyak bahan api. Tetapi, jumlah hidrokarbon, karbon monoksida dan partikel-partikel halus yang tidak terbakar pula sebenarnya lebih tinggi.

BACA: VOLKSWAGEN GOLF R 2017 – 310PS, 100KM/J HANYA 4.6 SAAT

Dalam satu temuramah dengan akhbar Telegraph, Diess menyatakan VW tidak akan mengeluarkan enjin yang lebih kecil daripada 1.0 liter tiga silinder. Manakala sesaran enjin diesel tidak akan lebih kecil daripada 1.6 liter.

Sebab itulah enjin 1.4 liter pada Golf 2017 kini diganti dengan enjin baharu bersesaran 1.5 liter. Perkembangan itu juga memberi petanda kenderaan elektrik dan hibrid akan semakin penting pada masa depan.

Biarpun begitu, harus tahu bahawa peningkatan sesaran itu bukanlah secara besar-besaran. Takkan semua kereta nak sumbat dengan enjin V6 atau V8. Ye dak??

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button