Buletin

VOLKSWAGEN MALAYSIA PERKENAL WOLFSBURG EDITION UNTUK ARTEON DAN TIGUAN ALLSPACE – HARGA BERMULA RM180K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi telah melancarkan Wolfsburg Edition, terdiri daripada Volkswagen Arteon R-Line, Tiguan Allspace Elegance, dan Tiguan Allspace R-Line.

Model edisi khas ini akan membuat kemunculan pertama pada Malaysia Autoshow 2025 yang akan berlangsung di MAEPS Serdang dari 9 hingga 15 Mei.

Mengambil inspirasi daripada bandar Wolfsburg, tempat asal kelahiran jenama Volkswagen, setiap unit hadir dengan sentuhan eksklusif dan gaya tersendiri termasuk menggabungkan elemen warisan dan inovasi.

Ciri-ciri seperti lambang Wolfsburg, sijil keaslian, perakam trafik UTR 2.0, serta aksesori edisi khas menjadikan model-model ini bukan sekadar kenderaan, tetapi simbol penghormatan kepada legasi jenama ikonik ini.

Harga runcit termasuk Volkswagen Assurance Package (VAP) adalah seperti berikut:

  • Tiguan Allspace Elegance – RM210,990
  • Tiguan Allspace R-Line – RM263,990
  • Arteon R-Line – RM304,990

Sebagai tawaran istimewa sempena pengenalan, ketiga-tiga model ditawarkan pada harga promosi:

  • Tiguan Allspace Elegance: RM180,990 (penjimatan RM30,000)
  • Tiguan Allspace R-Line: RM243,990 (penjimatan RM20,000)
  • Arteon R-Line: RM264,990 (penjimatan RM40,000)

Ciri Eksklusif Wolfsburg Edition:

Kesemua model

  • Lambang crest Wolfsburg
  • Kotak pemilik edisi khas, lengkap dengan pemegang kunci, sijil keaslian, dan karpet lantai eksklusif
  • Kamera pemuka hadapan dan belakang UTR 2.0 dengan teknologi Sony Starvis
  • Penutup injap tayar berlogo VW

Arteon R-Line Wolfsburg Edition

  • Lampu logo LED VW
  • Penutup hab roda dinamik dengan logo VW
  • Strip pelindung belakang
  • Aksesori Cargo Elements berpelekat velcro untuk but

Tiguan Allspace Elegance & R-Line Wolfsburg Edition

  • Pelindung tepi ruang muatan dan bekas but tahan lasak
  • Pemegang multimedia universal di belakang tempat duduk hadapan
  • Pelindung bucu bampar berpenampilan lasak
  • Pedal aluminium sport (untuk Elegance sahaja)

Sebagai tambahan, semua varian Edisi Wolfsburg hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 7 tahun, jaminan tanpa had perbatuan, dan perkhidmatan bantuan tepi jalan selama 5 tahun di bawah pakej VAP.

GALERI:

Google ads
Back to top button