
VOGE RR500S DEBUT DI CHINA – 76HP, REDLINE 14,000RPM
Beberapa tahun lepas, Kawasaki mengembalikan keterujaan jentera empat silinder dengan pelancaran Ninja ZX-25RR dan ZX-4RR.
Sejurus selepas itu, pengeluar motosikal dari China turut mengorak langkah sama antaranya CFMoto 500SR VOOM, QJMotor SRK250RR, SRK400RR, SRK450RR, Kove 450RR dan ZXJC 500RR.

Terbaru, Loncin menerusi VOGE telah melancarkan Voge RR500S untuk pasaran global yang juga dikuasakan enjin empat silinder.
Menurut Voge, enjin 475cc itu berupaya menjana 76hp pada 12,500rpm dan mampu rev sehingga 14,000rpm (redline) dan 47Nm pada 11,000rpm. Kekurangan enjin empat silinder berkapasiti kecil adalah daya penghasilan tork namun Voge mendakwa tork enjin tersebut boleh dirasai seawal 5,000rpm.

Dalam pada itu, Voge mendakwa RR500S ini mampu mencapai kelajuan maksima 220km/j.
Sementara itu, perincian lain didedahkan termasuk:
- swingarm aluminium
- brek Nissin empat piston depan
- ABS dan traction control
- launch control
- quickshifter
- steering damper
- tangki bahan api berkapasiti 15.1L
- berat 192kg

Varian flagship pula dilengkapi dengan 6-axis IMU yang menawarkan fungsi seperti Cornering ABS dan TPMS. Ekzos titanium juga didatangkan secara standard.
Untuk rekod, Voge (menerusi Loncin) menjalinkan kerjasama erat dengan BMW Motorrad dan Kedua-dua pihak telah pun berkerjasama selama 20 tahun setakat ini. Loncin bertanggungjawab menghasilkan skuter BMW C 400 GT dan C 400 X di kilang mereka di Chongqing, China selain menghasilkan enjin bagi model BMW F 700 GS, F 850 GS, F 900 GS, F 900 R dan F 900 XR.
GALERI: VOGE RR500S





















