Buletin

BYD SIME MOTORS SERAH LEBIH 100 UNIT BYD SEAL 6 DALAM TEMPOH SEMINGGU

Hanya seminggu selepas pelancaran rasminya, BYD Sime Motors mencatat kejayaan besar apabila lebih 100 unit BYD SEAL 6 telah diserahkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia.

Pencapaian ini bukan sahaja menggambarkan permintaan tinggi terhadap sedan elektrik segmen C tersebut, tetapi juga memperlihatkan kecekapan BYD Sime Motors dalam memastikan proses penghantaran berjalan pantas dan lancar.

Dalam masa singkat, model BYD SEAL 6 yang ditawarkan dalam pilihan warna Arctic White, Harbour Grey dan Misty Blue telah tiba di bilik pameran di Semenanjung serta Malaysia Timur.

Kumpulan pertama pemilik juga sudah mula menerima kenderaan mereka, menjadikan SEAL 6 kini rasmi mewarnai jalan raya negara.

Pengarah Urusan BYD Sime Motors, Adeline Lew, menyatakan rasa bangga terhadap sambutan luar biasa itu.

Beliau turut menambah bahawa kejayaan penghantaran ini mencerminkan kesepaduan pasukan BYD Sime Motors dalam memastikan pelanggan menerima kenderaan mereka tanpa kelewatan.

Perkembangan berkaitan, BYD Sime Motors kini merancang untuk meningkatkan jumlah cawangan daripada 37 kepada 50 menjelang 2026, termasuk menambah kemudahan jualan, servis dan pengecasan di seluruh negara.

BYD SEAL 6: Enam Keistimewaan Utama

  1. Sistem suspensi Dual Ball-joint MacPherson Strut bersama suspensi belakang Multi-Link – pertama dalam rangkaian BYD.
  2. Pacuan roda belakang (RWD) – satu-satunya dalam segmennya, menawarkan pemanduan sporty dan seimbang.
  3. Sedan segmen C terbesar di Malaysia dalam kelasnya.
  4. Kawalan pemanduan unggul dengan pengagihan berat seimbang dan jejari pusingan hanya 5.5 meter.
  5. 24 ruang penyimpanan pintar dan kapasiti kargo keseluruhan 525 liter.
  6. Kuasa 160kW dan tork 330Nm, dengan pecutan 0–100km/j hanya dalam 7.5 saat, disertai tiga mod pemanduan pilihan.

Dengan kehadiran BYD SEAL 6 di pasaran, rakyat Malaysia kini berpeluang merasai sendiri pengalaman pemanduan elektrik yang lancar, responsif dan berprestasi tinggi.

Tempahan BYD SEAL 6 kini dibuka di semua pusat jualan rasmi BYD di seluruh negara.

Google ads
Back to top button