Buletin

MBM TANDATANGANI MOU DENGAN KBS

Selari dengan visi Malaysia untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja pakar, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Mercedes-Benz-MoU-IKBN-mekanika (2)

MoU itu bermatlamat meningkatkan lagi kemahiran belia negara terutama dalam industri automotif.

Sebagai sebuah syarikat korporat, MBM komited untuk menyumbang ke arah pertumbuhan negara. Bukan sahaja dari segi pemindahan teknologi, malah dalam pembangunan modal insan.

Mercedes-Benz-MoU-IKBN-mekanika (4)

“Kami melihat kerjasama di antara Mercedes-Benz Malaysia dan KBS sebagai satu pelaburan strategik. Kami harap MoU ini akan merintis jalan kepada lebih banyak kolaborasi pada masa depan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Roland Folger.

Di bawah kolaborasi ini, seramai 12 orang pelatih berusia 19 hingga 25 tahun daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) akan dipilih untuk menjalani latihan produk dan sistem yang intensif di Pusat Latihan Perantis (ATC) MBM.

Latihan selama tiga bulan itu akan melibatkan aspek teori dan praktikal. Mereka bakal menjalani latihan dalam bidang  penyelenggaraan, elektrikal, trouble-shooting dan banyak lagi.

Mercedes-Benz-MoU-IKBN-mekanika (3)

Sebagai sebahagian daripada pemindahan pengetahuan, MBM juga akan melaksanakan konsep “train-the-trainer” ke dalam program ini. Tiga orang pelatih IKBN bukan sahaja didedahkan kepada perubahan terkini dalam teknologi automotif, malah etika dan budaya dalam industri automotif yang bertumpu kepada pelanggan.

“Kita memang memerlukan kursus-kursus yang kompetitif seperti ini demi memenuhi keperluan industri. Pada masa yang sama meningkatkan keupayaan belia untuk mendapat pekerjaan. Saya harap graduan IKBN akan dapat bekerja dalam mana-mana industri berkaitan,” kata Menteri KBS, Khairy Jamaluddin.

Program ini dijangka bermula pada Oktober 2015 dan tamat pada Januari 2016. Ditubuhkan sejak 30 tahun, ATC telah melatih lebih 700 orang perantis yang semuanya diserap sebagai kakitangan di rangkaian pengedar Mercedes-Benz di seluruh negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button