
KENAPA BREK KARBON SERAMIK MAHAL SANGAT?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa brek karbon seramik sebenarnya mampu meningkatkan prestasi sesebuah kereta, namun ia akan datang dengan tanda harga yang sangat mahal berbanding dengan brek konvensional biasa
Saah satu kos yang menyebabkan harga brek karbon seramik mahal ialah bahan yang digunakan dalam pembuatan brek itu sendiri. Jika brek konvensional dihasilkan dengan menggunakan besi tuang yang lebih murah dan mudah untuk dihasilkan, maka kos karbon seramik dan proses pembuatannya adalah jauh lebih rumit termasuklah penggunaan skru yang berkualiti tinggi.
Proses pembuatan brek karbon seramik mengambil masa sehingga 3 minggu untuk disudahkan berbanding dengan 90 minit sahaja untuk brek biasa. Ini kerana dalam proses pembuatan brek karbon seramik, pembuatannya tidak boleh dilakukan dengan mesin semata-mata dan memerlukan peralatan yang khusus.
Tambahan pula, ia hanya dihasilkan untuk kereta prestasi tinggi ataupun untuk kegunaan perlumbaan sahaja menjadikannya lebih sukar untuk dijual dengan banyak dan gagal mencapai economic of scale. Jika anda menonton video di bawah, proses pembuatan brek karbon seramik dimulakan dengan acuan aluminium yang diisi dengan seramik dan juga gentian karbon
Proses seterusnya ialah dengan memberi tekanan dan juga haba kepada acuan tersebut sehingga menyebabkan seramik dan gentian karbon bercampur dan membentuk satu komponen seakan plastik. Ia perlu disejukkan, dimesin semula untuk membetulkan dimensi serta dipanaskan semula secara perlahan-lahan dalam masa 2 hari bagi mencapai suhu 1000 darjah celcius
Cakera separa siap ini tadi akan dipanaskan sekali lagi dengan silika pada suhu 1700 darjah Celcius bagi membentuk silika karbid, diberi proses rawatan anti oksida bagi menghalang karbon terbakar pada suhu yang tinggi. Ia akan disudahi dengan proses pengilap sebelum dihantar ke pengguna
Jika anda tonton video yang kami sertakan dalam artikel ini, maka proses pembuatan brek karbon seramik memang susah dan menggunakan masa yang banyak serta kos yang tinggi. Namun sesetngah jenama premium masih memilih untuk menggunakan brek seramik dalam barisan model mereka.
Pertama penggunaan brek karbon seramik akan mengurangkan masalah brake fade dan juga sangat ringan berbanding dengan brek konvensional biasa. Brake fade adalah fenomena di mana haba yang terhasil akibat geseran pelapik brek dengan rotor brek menyebabkan prestasi brek terjejas akibat pengumpulan haba dalam komponen
Faedah kedua ialah berat komponen brek karbon seramik yang lebih ringan dan lokasi komponen yang berada di bawah penyerap hentak dan juga spring (disebut sebagai unsprung mass). Dengan cakera brek karbon seramik yang ringan, ia sangat membantu dari segi prestasi terutama dari segi pecutan kenderaan.
Mengurangkan berat komponen brek juga memberi kelebihan dalam aspek cengkaman dan juga kualiti pemanduan disebabkan komponen yang ringan. Karbon seramik juga adalah sangat stabil pada suhu tinggi, tidak berubah saiz dan dimensi pada suhu tinggi dan menyebabkan brek judder.
Disebabkan tiada masalah yang biasa dijumpai pada brek konvensional, maka jangkahayat brek brek seramik ini juga adalah jauh lebih lama berbanding dengan brek biasa. Kadar kehausan brek karbon seramik adalah jauh lebih rendah dan mengurangkan punca pencemaran udara.