Buletin

CARLOS SAINZ BAKAL MEMBUAT KEMUNCULAN SULUNG DI RALI MONTE CARLO

Pelumba Formula1 bagi pasukan  Renault Sport, Carlos Sainz bakal membuat kemunculan sulung istimewa pada saingan Rali Monte Carlo pada penghujung Januari ini. Walau bagaimanapun, debut Carlos Sainz ini hanyalah pada peringkat terakhir  La Cabanette-Col de Braus sejauh 13.58km.

BACA : INILAH PEMANDU TERBAIK RALI SEPANJANG ZAMAN

BACA : RENAULT BAKAL MEMPAMERKAN JENTERA HEBAT DI GOODWOOD FESTIVAL OF SPEED 2017

Apa yang menarik mengenainya, Carlos Sainz bakal mengikut jejak langkah bapa beliau, yang merupakan jaguhan rali dari Sepanyol yang pernah menjuarai Rali Monte Carlo sebanyak tiga kali pada 1991,  1995 dan 1998.

Pada perlumbaan sulung WRC bagi musim 2018 ini, Carlos Sainz bakal mengenakan nombor ’00’ pada jentera yang dipandunya kelak. Jentera yang bakal dipandu sudah semestinya Renault Mégane R.S. yang baharu.

Menarik mengenai Rali Monte Carlo ini, perlumbaan ini bakal bermula di Alpes-Maritimes sambil melintasi Kota Monaco yang terletak 1400 meter dari atas laut. Beberapa laluan mendaki turut menyajikan pemandangan yang mencabar meliputi laluan aspal dan bakal berakhir di Col de Braus.

Menurut Carlos Sainz, beliau “Saya tidak sabar untuk merasai pengalaman di Rali Monte Carlo buat pertama kali. Sudah banyak yang saya dengar mengenainya daripada Bapa tentang kesukaran peringkatnya, bagaimana keadaan cuaca yang mampu berubah daripada bersalji kepada terik mentari mahupun hujan.”

“Sudah tentu saya pasti akan berasa gementar ketika melintasi gunang-ganang serta laluan berselekoh tajam. Ianya pasti mengujakan untuk mengambil bahagian dalam acara yang penuh dengan lagenda disamping memandu kereta Renault Mégane R.S. yang bakal dilengkapi dengan tayar berbunga dan jenis bersalji agar saya mampu menamatkan saingan”, menurut kata Carlos Sainz yang telah Brader Karrager alih bahasakan. Fuh!

Mengenai Renault New MéganeR.S yang baharu ini, ianya mula diperkenalkan kepada umum ketika  Frankfurt Motor Show in September 2017. Generasi ketiga  Mégane R.S. ini sememangnya dinantikan oleh para peminat tegarnya yang mana kereta dalam segmen C ini penuh dengan kepakaran Renault Sport.

Kereta yang laju ini menggunakan enjin 1.8 liter turbo yang mampu menghamburkan kuasa sekitar  280hp dan 390Nm. Barangkali dengan ada yang menyangka Renault cuba untuk show off kali ini, tapi sebenarnya ini untuk membuktikan kejaguhan jentera Renault dalam saingan olok-olok ini.

Siapa tahu, daripada olok-olok, terus terbuka pintu hati Renault untuk bersaing dalam WRC pula, kan?

 

Google ads

B K

Back to top button