Artikel Pilihan

NISSAN SKYLINE WAGON HAKOSUKA– SASARAN BURUAN PEMINAT HOTWHEELS SELURUH DUNIA TAHUN INI

Korang peminat Hotwheels? Kami kat sini pun ada jugak beli tapi tak adalah sampai meleleh airliur sambil belek koleksi siang malam. Kalau korang memang suka memburu model-model Hotwheels yang rare, ini satu lagi sasaran yang boleh korang cari pada tahun ini. ia merupakan sebuan Nissan C10 Skyline van. Ia direka oleh pereka ternama Jun Imai dan beliau telah berkongsi gambar-gambar model terbaru ini dengan Japanese Nostalgic Cars.

Model ini lebih dikenali dengan nama Hakosuka Van dan diletakkan di bawah siri premium Car Culture Hotwheels. Terdapat 5 buah model van dan wagin dalam kategori ini dan ini merupakan penghasilan Skyline wagon yang pertama. Ia merupakan model premium yang dihasilkan sepenuhnya dengan asas logam.

Pada bahagian bawahnya tertera namanya sebagai 69’ Nissan Skyline Van. Ini kerana di Jepun, perkataan van bermaksud kenderaan komersil yang digunakan untuk membawa barangan dan memang itupun tujuan asal Skyline wagon dihasilkan.

BACA: KERETA KAMI BURUK. TAPI TAPI HOBI KAMI MAHAL

Tapi sebab ini sebuah model Hotwheels, ia telah dihasilkan dalam bentuk custom dengan dengan gaya slammed, rim lebar dan lengkap dengan chin spoiler.

Ia kemudian disudahkan dengan cat berwarna metalik hijau muda dan bahagian dalaman yang berwarna coklat. Sebagai sebuah model premium, ia turut dilengkapkan dengan rim custom deep-dish dan tayar getah. Kemasan yang cukup terperinci boleh dilihat pada cermin sisi bahagian fender dan gril short-nose.

Selain daripada Hakosuka Van ini, model-model lain yang terdapat dalam siri ini ialah Honda Odyssey, Volkswagen Sunagon, Ford Transit Super Van dan VW Type-1 Panel Bus dengan kemasan Mooneye.

Jun turut memaklumkan yang siri Car Culture mendapat permintaan yang cukup mengalakkan. Hotwheels mengharapkan yang Skyline Wagon akan menjadi pemangkin ke arah itu sekali lagi. Ia bakal memasuki pasaran pada bulan Februari ini. Okey lepas ni jom serbu gedung permainan dan pasaraya yang memasarkan model-model Hotwheels ini untuk mendapatkannya.

Kredit kepada Japanese Nostalgic Car dan Hotwheels.

Google ads
Back to top button