Buletin

MERCEDES-AMG GT BLACK SERIES PECAH REKOD AVENTADOR SVJ DI LITAR NERAKA HIJAU

Dua tahun lalu, Lamborghini memecah rekod pusingan terpantas di litar Nurburgring Nordschleife, Jerman dengan jentera Aventador SVJ yang mencatat masa 6 minit 44 saat.

Begitupun, rekod berkenaan berjaya dipadamkan Mercedes-AMG GT Black Series dengan 1.3 saat lebih pantas berbanding  Aventador SVJ.

Mercedes telah melakukan beberapa perubahan pada jentera yang dikendalikan pemandu GT3, Maro Engel dalam melakar rekod terbabit.

Antara aspek tersebut merupakan sistem aerodinamik dan suspensi. Selain itu, splitter hadapan gentian karbon diubah kepada posisi Race malah bilah atas serta bawah bahagian sayap belakang diubah pada posisi tengah.

Sebanyak dua catatan masa direkodkan dalam percubaan di litar yang dikenali sebagai Neraka Hijau itu.

Catatan pertama, 6:43.616 digunakan sebagai catatan masa percubaan membuat rekod di litar sepanjang 20.6 km tersebut.

Sejak tahun 2019, pengeluar jentera digalakkan untuk melakukan pusingan lengkap litar sepanjang 20.83 km yang merupakan catatan kedua. Mercedes-AMG GT Black Series melakar catatan 6:48.047. – agensi

Google ads
Back to top button