Buletin

CATERHAM SEVEN 160

Caterham Cars baru-baru ini membuka tempahan model Seven 160 yang merupakan varian entry level untuk jenama kereta sport ikonik itu. Jentera tersebut dikuasakan oleh enjin super kompak dengan sistem pengecas turbo daripada Suzuki.   

221013-k-cat

Kalau hendak pasang sendiri, Seven 160 dijual dalam bentuk komponen pada harga £14,995 (RM76,862) di United Kingdom. Kalau malas atau tak pandai nak pasang, beli sahaja yang sudah siap berharga £17,995 (RM92,242) seunit.

Dilengkapi suspensi belakang jenis gandar bebas, enjin kompak dan tubuh yang ringan, jentera ini mengingatkan semula semangat awal model Seven. Ia juga menjadi gerbang  kepada rangkaian model Seven.

caterham (7)

Para pembeli di Eropah bagaimanapun akan menerima varian yang telah diubah suai, dikenali sebagai 165. Nombor 5 itu menunjukkan bahawa kereta sport itu telah menepati piawaian emisi EU5. Kelulusan itu membolehkan 165 dijual di seluruh benua Eropah.

Enjin tiga silinder, bersesaran 660cc yang digunakannya mampu menghasilkan kuasa mencecah 80hp. Sekali gus membolehkan kereta itu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 6.5 saat sahaja.

caterham (1)

Ketua Pegawai Eksekutif Caterham Cars, Graham Macdonald memberitahu, Seven 160 menawarkan sesuatu yang benar-benar berbeza ke pasaran entry level.

“Jentera ini lebih ekonomikal dan mudah diakses. Ia menjanjikan keseronokan di atas jalan raya, sama seperti model Seven lain, tetapi dengan personalitinya yang unik,” kata Macdonald.

caterham (3)

Produksi Caterham Seven 160 dan 165 dijangka bermula pada Januari 2014 dengan penghantaran pertama bermula pada musim bunga.

[hr] Galeri 

221013-a-cat221013-l-catcaterham (4)caterham (5)caterham (6)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button