Buletin

CUBA PETRON DIESEL MAX EURO 5 BAHARU. SUDAH BOLEH DIDAPATI DI SELURUH NEGARA!

Pemilik kenderaan diesel kini dapat menikmati kelebihan Petron Diesel Max Euro 5 baharu yang dirumuskan khas menggunakan formula TriAction Advantage.

Bahan bakar itu dihasilkan untuk memenuhi syarat spesifikasi diesel Euro 5 yang lebih ketat dan diformulasi dengan penggunaan aditif termaju.

Petron Diesel Max Euro 5 yang mesra alam memiliki spesifikasi Sulfur yang rendah pada 10ppm berbanding 500ppm dalam Euro 2M Diesel sebelum ini. Peralihan itu membantu mengurangkan pelepasan asap ekzos dan memberikan kualiti udara yang lebih baik.

Dengan gabungan sistem aditif proprietary Petron, TriAction Advantage, produk ini menjanjikan aksi pembersihan terunggul dan pembakaran menyeluruh, sekali gus memaksimumkan kecekapan enjin. Ia turut menyumbang kepada pelindungan enjin, lebih prestasi dan menjimatkan.

“Kami berbangga untuk memperkenalkan formulasi terbaru kami, Petron Diesel Max Euro 5 yang membuktikan komitmen Petron dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi dan mesra alam. 

“Dengan Petron Diesel Max Euro 5, pelanggan dapat menikmati pengalaman pemanduan yang lebih unggul. Di samping memberikan penjagaan dan perlindungan yang terbaik untuk melindungi kenderaan mereka,” kata Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy.

Aditif TriAction Advantage membenarkan proses pembakaran yang lebih cekap. Seterusnya menambah baik prestasi permulaan, mempercepatkan pencucuhan enjin, pemacuan lancar, menjimatkan bahan api, meningkatkan kestabilan pengoksidaan serta melindungi daripada hakisan dan pembentukan buih diesel. 

Ini akan membantu jangka hayat enjin, menambah kilometer dan kuasa yang mantap.

“Bagi memastikan semua pelanggan dapat menikmati Petron Diesel Max Euro 5, ia boleh didapati di semua stesen minyak Petron di seluruh Malaysia. Kami menggalakkan semua pemandu kenderaan diesel untuk mencuba bahan bakar ini untuk mengalami manfaatnya,” tambah Choong.

Maklumat lebih lanjut mengenai Petron Diesel Max Euro 5, sila layari www.petron.com.my 

Google ads
Back to top button