Buletin

RUSIA BIKIN PESAWAT “DOOMSDAY” HADAPI PERANG NUKLEAR

Rusia sedang membangunkan pesawat baharu “Doomsday” yang bakal bertindak sebagai pusat kawalan dan pemerintahan di udara jika tercetus perang nuklear.

Menurut agensi berita RIA Novosti, pesawat baharu tersebut dijangka dibangunkan sebanyak dua buah malah sedang  dalam pembinaan di Voronezh.

Pesawat dibina berdasarkan model Ilyushin 96-400M itu dikatakan akan menggantikan pesawat penumpang 11-80 yang dibikin menjadi versi ketenteraan.

Tidak seperti pesawat biasa, ia tidak bertingkap untuk melindungi para penumpang daripada letupan nuklear.

Selain itu, pesawat baharu berkenaan dijangka mempunyai sistem komunikasi canggih yang boleh bertindak sebagai ‘pusat pengurusan tentera’ ketika bertempur. –businessinsider

Google ads
Back to top button