Buletin

KIA LANCAR SEMULA KIA RAY EV BULAN DEPAN, TAWAR JARAK GERAK 210KM

Kia Corporation merancang untuk melancarkan semula ‘city car’ Ray versi elektrik pada bulan hadapan.

Kenderaan elektrik mini (EV) Ray telah dijual secara eksklusif di Korea Selatan namun dihentikan produksi pada 2018 kerana julat baterinya yang terhad selain kekurangan infrastruktur pengecasan.

Dengan perkembangan positif kenderaan elektrik, syarikat berkenaan bakal menambah baik serta memadankan ia dengan teknologi bateri terkini.

Untuk rekod, Ray ICE masih tersedia di pasaran tempatan, dengan jualan melebihi 25,000 unit pada separuh pertama 2023.

Model baharu itu akan tersedia dengan motor 64 kilowatt (KW) dan bateri litium-ion yang lebih besar, membolehkan ia menawarkan jarak gerak sehingga 210km pada satu pengecasan penuh, iaitu dua kali ganda berbanding model sebelumnya.

Menurut jurucakap Kia, “Ray EV baharu bersedia untuk mengembangkan pilihan pelanggan dengan jarak gerak lebih daripada 200km.

“Ia adalah pilihan terbaik untuk pelanggan yang mencari kereta mini elektrik peringkat permulaan.”

Selain itu, Kia turut menyasarkan untuk meletakkannya pada harga mampu milik.

Google ads
Back to top button