Buletin

HYUNDAI MOTOR BAKAL BINA LOJI SISTEM SEL BAHAN API HIDROGEN DI CHINA?

Pengeluar kenderaan terbesar, Korea Selatan, Hyundai Motor akan membina loji sistem sel bahan api hidrogen pertama di China dalam usaha untuk meneroka pasaran hidrogen tempatan.

Menurut sumber, syarikat itu bercadang membina loji berkenaan di Guangzhou dalam tahun ini.

Katanya lagi, Hyundai Motor telah mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk pembinaan loji tersebut.

“Hyundai Motor sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat China dijangka mengumumkan perkara itu seawal bulan ini,” ujarnya.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Hyundai berhubung perkara itu.

Sumber itu menambah, Kementerian Perdagangn, Industri dan Tenaga mengkaji kesan eksport sistem sel bahan api hidrogen kerana dianggap sebagai salah satu teknologi teras negara terbabit.

Hyundai baru-baru ini melancarkan jenama yang didedikasikan untuk sistem sel bahan api┬ádikenali HTWO dan menyasarkan jualan sebanyak 700,000 sel bahan api hidrogen di pasaran global pada 2030. – agensi

Google ads
Back to top button