Buletin

CERMIN DEPAN SAGA RETAK AKIBAT DURIAN GUGUR

Malang tidak berbau. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila sebiji durian jatuh menimpa cermin hadapan kereta Proton Saga miliknya.

Menurut video tular yang dimuat naik steven_6913, durian tersebut telah meretakkan cermin hadapan kenderaannya.

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mempersoalkan tindakan lelaki tersebut yang bertindak memarkir kenderaannya di bawah pokok durian.

“Kenapa ‘parking’ kereta bawah pokok durian?” Tanya seorang pengguna.

“Bijaksana sangat ‘parking’ situ. Tabahlah,” kata Katy pula.

Tidak ketinggalan, ada juga yang rasa sangsi dengan kesahihan video tersebut yang seakan-akan dirancang.

“Orang yang rakam video tahu bila durian nak jatuh,” kata Frankie.

Dalam pada itu, ada juga pengguna TikTok yang sempat memesan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri ketika berada di kebun durian.

“Arwah atuk saya pernah ditimpa durian di kepala. Dia kutip durian pada waktu subuh. Kemudian, kepalanya berdarah terkena durian. Sejak kejadian tersebut, kalau kutip durian, atuk mesti pakai helmet,” cerita Hafizi.

Kini, video tular tesebut telah mendapat 795,400 ribu tontonan dan 17,300 tanda suka di TikTok. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button