
SELAMBA BERDIRI, MENDEPAKAN TANGAN ATAS TINGKAP KERETA BERGERAK
Seorang lelaki melakukan aksi berbahaya dengan berdiri di atas tingkap bahagian pemandu kereta yang sedang bergerak.
Menerusi rakaman video dari seorang pengguna jalan raya lain di laluan 91 Freeway, bandar Corona, lelaki berkenaan mendepakan kedua-dua tangannya sebelum duduk di atas tingkap dengan keadaan kakinya diletakkan di dalam kereta.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sekiranya terdapat penumpang lain di dalam kereta tersebut namun, pengguna media sosial meneka bahawa dia mungkin menggunakan fungsi kruz untuk melakukan aksi berbahaya itu.
Video itu dimuat naik di laman perkongsian video, YouTube dan menerima pelbagai komen daripada pengguna yang mengecam aksi berbahaya itu.
“Ramai orang tidak bersalah mati dalam kemalangan kereta. Memang tidak bertanggungjawab,” kata seorang netizen.
Tidak dijelaskan sama ada pihak berkuasa sedang menyiasat insiden itu. – Kosmo Online
- BACA: RIDER PATAH BALIK, MINTA MAAF KEPADA ABANG LORI SEBAB TUNGGANG SECARA MERBAHAYA
- BACA: RIDER PATAH BALIK, MINTA MAAF KEPADA ABANG LORI SEBAB TUNGGANG SECARA MERBAHAYA
- BACA: KERETA ‘DITELAN’ TANAH BERISI AIR PANAS, MANGSA MELECUR – SERAM WEH!
- BACA: BERLUMBA DI LEBUH RAYA DASH – DUA MEKANIK BERJAYA DITAHAN, RAMPAS PROTON SATRIA




