Motosikal

CFMOTO 800 MT-X BAKAL DEBUT DI EICMA NOVEMBER INI

Sekitar bulan Mei lalu, CFMoto telah pun memfailkan dokumen kelulusan jenis di China bagi varian terbaru CFMoto 800 MT. 

Dokumen tersebut turut mendedahkan rupa sebenar motosikal adventure berkenaan yang diberi nama 800 MT-X dan bakal ditawarkan sebagai model 2025. 

Terbaru, kami difahamkan bahawa CFMoto akan melancarkan 800 MT-X secara rasmi dalam satu pelancaran global yang dijadualkan berlangsung di EICMA 2024, November ini. Difahamkan, 800 MT-X akan hadir dalam lapan varian untuk pasaran global termasuk dengan rim lidi dan aloi.

Tinjauan di laman rasmi EICMA juga mengesahkan CFMoto antara pengeluar yang bakal terlibat dengan pameran kali ini yang dijadualkan berlangsung dari 7 hingga 10 November ini. 

Atas kertas, perbezaan utama 800 MT-X dengan 800 MT adalah penggunaan rim 21-inci depan dan 18-inci belakang berbanding 19-inci depan dan 17-inci belakang pada varian standard. Ciri ini secara langsung menjadikan 800 MT-X sebagai motosikal berkeupayaan ‘off-road’ yang sebenar. 

Selain itu, 800 MT-X juga dilengkapi dengan suspensi yang menawarkan jarak gerak lebih panjang, 200mm berbanding 160mm depan dan 150mm belakang sebelum ini. Pakej suspensi juga dibekalkan oleh jenama Kayaba (KYB). 

Dalam pada itu, CFMoto 800 MT-X ini terus dikuasakan platform KTM LC8c parallel-twin 799cc yang berupaya menjana 95hp pada 9,000rpm dan 77Nm pada 7,5000rpm. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • panel meter TFT 8-inci jenis menegak
  • ABS
  • traction control dari Bosch
Google ads
Back to top button