Buletin

CHARGE+, CHARGESINI JALIN KERJASAMA, SEDIA KEMUDAHAN PENGECASAN EV RENTAS SEMPADAN

Pengendali pengecasan kenderaan elektrik (EV) terkemuka di Asia Tenggara, Charge+ dari Singapura dan ChargeSini dari Malaysia, baru-baru ini telah menandatangani perjanjian kerjasama perayauan yang memberikan akses kepada pemandu EV daripada kedua-dua negara kepada rangkaian pengecasan masing-masing.

Kedua-dua negara, Singapura dan Malaysia, telah mengenal pasti sektor EV sebagai bidang pertumbuhan utama dan telah melancarkan dasar pro-EV bagi menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik.

Menurutnya, perkongsian perayauan antara Charge+ dan ChargeSini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengecasan EV rentas sempadan serta meningkatkan keyakinan pemandu EV.

Charge+, pengendali pengecasan EV terkemuka di Asia Tenggara, kini mempunyai kira-kira 2,000 titik pengecasan EV di Singapura dan di seluruh rantau ini.

Dengan matlamat untuk memasang 30,000 titik pengecasan EV di Asia Tenggara menjelang 2030, perjanjian perayauan ini adalah langkah sinergik dengan pelaksanaan lebuh raya pengecasan EV oleh Charge+ yang merentasi lima negara Asia Tenggara, iaitu Singapura, Malaysia, Thailand, Kemboja, dan Vietnam.

Sebelum ini, Charge+ juga telah mengumumkan perkongsian perayauan dengan beberapa pemain utama dalam industri pengecasan EV di rantau ini, termasuk Electricity Generating Authority of Thailand (EGAT), Tenaga Nasional Berhad (TNB) Malaysia, dan Perusahaan Listrik Negara Indonesia (PLN).

ChargeSini, yang merupakan penyedia penyelesaian pengecasan EV terkemuka di Malaysia, kini mempunyai rangkaian 701 ruang pengecasan EV beroperasi di 224 lokasi, tersebar secara strategik di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur.

Rangkaian ini termasuklah pengecasan sebanyak 122 mata pengecasan pantas (DC) dan 579 titik pengecasan biasa (AC).

Melalui perjanjian perayauan ini, pengguna aplikasi ChargeSini akan mendapat akses kepada rangkaian pengecasan EV Charge+ di Singapura, Thailand, dan negara-negara lain di Asia Tenggara

Aplikasi ChargeSini kini tersedia untuk kedua-dua peranti Apple (iOS) dan Google (Android), sekaligus memudahkan pemandu EV dalam mencari serta menggunakan rangkaian pengecasan di seluruh Malaysia dan rantau ini.

Dengan kerjasama ini, ia adalah langkah positif dalam mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik dan mempromosikan mobiliti lestari di rantau Asia Tenggara.

Google ads
Back to top button