
CARSOME LANCAR PUSAT SERVIS. TAWAR 3 PAKEJ, LEBIH TELUS
CARSOME, platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara telah meneroka pasaran servis kereta selepas jualan dengan pelancaran Pusat Servis CARSOME.
Ia memulakan operasi di dua buah Pusat Servis CARSOME di lokasi strategik iaitu di Petaling Jaya dan Ampang. Para pemilik kereta boleh membuat temujanji untuk pemeriksaan kali pertama melalui laman web CARSOME.
Selain memenuhi keperluan pembeli kereta terpakai dari syarikat, Pusat Servis CARSOME juga boleh memberi perkhidmatan kepada sesiapa sahaja yang mencari kemudahan penyelenggaraan kereta tanpa perlu bimbang selepas tempoh jaminan kenderaan mereka tamat.

Menurut data CARSOME, 80 peratus kereta CARSOME telah melepasi tempoh jaminan sah lima tahun mereka. Jadi, pembeli perlu melakukan servis kereta mereka di bengkel biasa berbanding pusat servis bertauliah.
Sebagai sebahagian daripada komitmen CARSOME dalam menawarkan perkhidmatan yang dipercayai, pemilik kereta boleh menikmati perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan kereta dengan kualiti terjamin yang disediakan oleh mekanik bertauliah.
Mereka juga akan menerima bil yang telus dan lebih awal untuk perkhidmatan yang diperlukan. Setiap perkhidmatan penyelenggaraan kereta akan diberi 20 titik pemeriksaan percuma untuk mengenal pasti sebarang isu asas, sebelum disyorkan pakej penyelenggaraan terbaik.

Setelah diperiksa, Pusat Servis CARSOME menawarkan tiga pakej untuk memenuhi pelbagai keperluan dengan perkhidmatan berkala, bersama-sama dengan pelbagai pilihan lain untuk memenuhi keperluan pengguna.
Untuk keadaan kereta yang lebih khusus, Pusat Servis CARSOME akan memberikan sebut harga yang sewajarnya.
Untuk maklumat lanjut tentang Pusat Servis CARSOME, sila layari laman web CARSOME di https://service-appointment.carsome.my/.