Buletin

CHEVROLET COLORADO ZH2 – TRAK PIKAP TENTERA PALING GANAS

Trak pikap yang telah menerima ubah suai ekstrem, Chevrolet Colorado ZH2 diperkenalkan kepada Persatuan Tentera Amerika Syarikat (AUSA) baru-baru ini.

Dibangunkan oleh General Motors (GM), kenderaan elektrik yang dikuasakan oleh sel bahan api itu memiliki ketinggian lebih enam kaki dan tujuh kaki lebar.

chevrolet-colorado-zh2-fuel-cell-mekanika-3

Jentera yang dibina di atas casis trak pikap saiz sederhana itu diperkukuhkan dari semua segi. Ia menggunakan tayar bersaiz 37 inci dan suspensi yang diubah suai khas bagi membolehkannya mendaki apa jua permukaan jalan.

Tentera AS dijangka menguji Colorado ZH2 dalam kondisi ekstrem untuk menentukan kebolehgunaan kenderaan berkuasa hidrogen bagi tujuan operasi ketenteraan. Colorado ZH2  menampilkan unit Exportable Power Take-Off (EPTO) yang membolehkan sel bahan api dikeluarkan daripada kenderaan, terutama jika ia berada di kawasan terpencil yang mustahil untuk mendapatkan tenaga elektrik.

chevrolet-colorado-zh2-fuel-cell-mekanika-5

GM serta Pusat Kejuruteraan dan Pembangunan, Penyelidikan Automotif Kereta Kebal Tentera Amerika (TARDEC) telah bekerjasama untuk membangunkan Colorado ZH2  dalam masa kurang setahun.

“Sel bahan api mempunyai potensi untuk mengembangkan kemampuan kenderaan pasukan tentera. Ini kerana ia boleh beroperasi dengan senyap, menawarkan kuasa yang fleksibel dan prestasi tork terbaik,” kata Pengarah TARDEC, Paul Rogers.

chevrolet-colorado-zh2-fuel-cell-mekanika-1

Kebanyakan komponen jentera tersebut dipasang di kemudahan Integrasi Kenderaan Lanjutan GM di Warren, Michigan.

Kontrak Colorado ZH2 merupakan kenderaan kedua yang dibangunkan oleh GM dengan tentera AS pada tahun ini. Pada Jun lalu, tentera laut AS mendedahkan Kenderaan Dasar Laut Tanpa Manusia (UUV) yang juga dihasilkan oleh GM.

Google ads
Back to top button