EICMA 2016: VERSI PERLUMBAAN YAMAHA YZF-R6 2017
Yamaha adalah antara pemain utama dalam pameran motosikal EICMA yang sedang berlangsung di Milan, Itali sejak semalam. Mereka mempamerkan beberapa rangkaian motosikal baru dan yang paling menarik perhatian ialah livery perlumbaan model R6 terbaru.
Yamaha R6 ini telah dilancarkan pada Oktober lalu dan merupakan model gantian penuh selepas 8 tahun tidak diperbaharui. Di EICMA, Yamaha Motor Eropah mempamerkan konsep perlumbaan, sebagai gambaran awal, beginilah rupanya.
Ia dilengkapi set ekzos lengkap Akrapovic Evo, Brembo berkembar T-drive di hadapan dan belakang, serta kit kelongsong suspensi Öhlins di depan .
EICMA 2016 : DUCATI 1299 SUPERLEGGERA
EICMA 2916 : HONDA CRF250 “AFRICA TWIN”
EICMA 2016 : DUCATI MONSTER 797
EICMA 2016 : YAMAHA T-MAX FACELIFT 2017
Enjin R6 ini masih lagi unit sama dengan model 2015 namun telah menjalani rombakan yang besar dengan pertambahan komponen elektronik. Ia didatangkan dengan Kawalan Traksi (Traction Control) yang bijak, boleh dilaras sehingga 6 peringkat atau boleh dimatikan terus.
Kawalan traksi ini sangat sensitif sehingga mampu mengesan komposisi tayar belakang. Selain itu, Yamaha turut memperbaiki mod pemanduan D-Mode System mereka dengan pilihan tiga respon pendikit (Standard, A dan B). Sebagai pilihan, pembeli juga boleh memilih opsyen quickshift.
Walaupun bukanlah motosikal perlumbaan sepenuhnya, tapi ini beginilah sedikit sebanyak kit perlumbaan dan modifikasi yang akan dilakukan oleh pasukan perlumbaan rasmi mereka pada tahun hadapan.
Memang merecik!