
SUZUKI PAMER SUZUKI BURGMAN BERKUASA HIDROGEN DI JAPAN MOBILITY SHOW 2023
Laporan baru-baru ini mendedahkan Suzuki Burgman berkuasa hidrogen antara jentera konsep yang bakal dipamerkan Japan Mobility Show 2023.
Dalam memperkenalkan pelbagai inisiatif ke arah masa depan neutral karbon, model konsep berkenaan pastinya menarik perhatian.
Menurut laporan, ia mempunyai jarak roda yang sangat panjang dengan reka bentuk jenis ‘panniers canister’ seperti dicadangkan oleh Kawasaki sebelum ini. Reka bentuk tersebut dikatakan sesuai untuk jentera dua roda hidrogen berprestasi tinggi.

Memetik kenyataan dari Suzuki, di Japan Mobility Show 2023 juga akan menampilkan video sesi tunggang uji jentera hidrogen berkenaan.
Secara amnya, motosikal hidrogen akan menampilkan tangki hidrogen yang ditetapkan pada tekanan 70MPa dan ia kelihatan berdasarkan daripada Suzuki Burgman 400 berbanding Suzuki Burgman 125EX Street.
Tambahnya lagi, selain Burgman berkuasa hidrogen, turut dipamerkan di acara tersebut adalah Burgman berkuasa elektrik.
Selain Suzuki, Toyota juga bereksperimen dengan pembakaran hidrogen, malah telah membangunkan projek dan eksperimen dengan pengeluar motosikal seperti Yamaha serta Kawasaki.
Tetapi terdapat halangan untuk pembakaran hidrogen menjadi realiti di mana bahan api terbakar lapan kali lebih cepat berbanding petrol.
Untuk Burgman berkuasa hidrogen pula, mungkin kita perlu melihat lebih dekat untuk memahami bagaimana ia bekerja.
- BACA: SUZUKI RAIDER R150Fi 2023 TIBA DENGAN DUA WARNA BAHARU, HARGA BERMULA RM8.8K
- BACA: SUZUKI V-STROM 250SX TIBA DI PASARAN JEPUN OGOS INI – SETERUSNYA, MALAYSIA?
- BACA: SUZUKI SAMBUT ULANG TAHUN KE 25 HAYABUSA DENGAN MODEL EDISI KHAS
- BACA: SUZUKI TANDATANGAN PERJANJIAN DENGAN SKYDRIVE, KELUARKAN KERETA TERBANG!






