
PELUMBA CACAT PENGLIHATAN NAK BUAT REKOD DUNIA PANDU CORVETTE 800 HP
Seorang pelumba cacat penglihatan ingin melakar rekod Guinness World Record baharu bagi kenderaan kelajuan terpantas yang dipandu dalam keadaan mata tertutup.
Lelaki berkenaan merancang melakukan percubaan tersebut dengan memandu jentera Chevrolet Corvette C6 yang telah dibikin sehingga mampu menjana kuasa mencecah 800 hp.
Dia telah memandu jentera berkenaan melebihi 240 km/j.
Ia turut dilengkapi sistem bantuan khas berupaya memberi maklum balas yang dapat didengar oleh Parker.
Dalam percubaan melakar rekod baharu tersebut, dia terlebih dahulu perlu mengatasi rekod semasa dengan kelajuan 322.6km/j yang dipegang Mike Newton.
Parker hilang keupayaan melihat apabila Corvette 1963 yang dipandunya merempuh penghadang litar pada 2012.
“Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada golongan cacat penglihatan dan menunjukkan kemampuan sekali gus melakar sejarah dengan mencetak rekod dunia baharu.
“Selain itu, kami ingin menunjukkan potensi teknologi baharu seperti kereta autonomi untuk membantu golongan cacat penglihatan dalam pemanduan seharian mereka,” katanya. – carscoops
- BACA: SUBARU WRX STI 2002 UNTUK DILELONG. KEN BLOCK LAKAR REKOD GUNA JENTERA NI
- BACA: MERCEDES-AMG GT BLACK SERIES PECAH REKOD AVENTADOR SVJ DI LITAR NERAKA HIJAU
- BACA: MAX BIAGGI, VOXAN WATTMAN PECAH REKOD MOTOSIKAL ELEKTRIK TERPANTAS. CATAT KELAJUAN 408KM/J!!!
- BACA: LEWIS HAMILTON-KEJANG OTOT,CATAT KEMENANGAN KE-92, PECAH REKOD SCHUMACHER!!!








