Buletin

CHIRON SPORT 110 ANS BUGATTI – RAI ULANG TAHUN KE-110 BUGATTI, TERHAD 20 UNIT SAHAJA

SHARE

Pengasas Bugatti, Ettore Bugatti dikatakan mula membuka kedainya di Molsheim, Alsace Perancis pada tahun 1909.

Selepas 110 tahun, Bugatti ingin meraikan ulang tahun itu dengan memperkenalkan Chiron Sport “110 ans Bugatti” edisi khas. Ia ditawarkan pada harga €2.65 juta (RM12.2 juta) seunit.

Jentera itu tidak dipasang dengan enjin baharu. Sebaliknya, ia mengekalkan enjin W16 berkuasa 1,479hp yang dipadankan bersama kotak gear tujuh kelajuan.  

Penggunaan material gentian karbon (termasuklah penggilap cermin utama) membolehkannya 18kg lebih ringan berbanding Chiron biasa.

Terhad kepada 20 unit sahaja, bendera Perancis yang menjadi simbol penyatuan di antara monarki dan rakyat itu dilekatkan pada perumah cermin sisi, wing belakang boleh dilipat, penutup tangki minyak serta tempat duduk.

Skim warna dua tona pula diinspirasikan daripada kereta mewah yang dibina pada tahun 1920-an. Penampilan rim berwarna hitam matte itu kemudian disempurkan lagi dengan angkup brek biru.

“Chiron Sport ‘110 ans Bugatti’ mengingatkan kami tentang asal-usul di Molsheim, Perancis dan di mana kami merancang masa depan,” kata Presiden Bugatti Automobiles, Stephan Winkelmann.

Tags
Google ads
Back to top button