,
Motosikal

TRIUMPH DAYTONA 765 BAKAL MUNCUL TIDAK LAMA LAGI?

Sebenarnya sudah agak lama Triumph tidak memberi sebarang kemas kini tentang model ikoniknya, Daytona.

Namun, nampaknya penantian itu bakal berakhir apabila beberapa keping gambar spyshot Daytona yang sedang diuji di Sepanyol berjaya dirakam oleh pihak MCN.

Kemunculan model baharu itu banyak dikaitkan dengan ‘tugas’ Triumph sebagai pembekal enjin rasmi untuk jentera lumba Moto2 mulai musim ini.

Daytona 675 diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2006 sebagai evolusi kepada model 650. Kuasa enjin tiga selinder dan tunggangan lincah membuatkannya pantas menjadi pilihan popular dalam kalangan pengguna.

Pada tahun 2011, Triumph memperkenalkan pula model 675R yang dilengkapi pelbagai komponen perlumbaan dan gentian karbon. Selepas 12 tahun berjaya di pasaran, model 7675 standard dikeluarkan dari portfolio, diikuti oleh model R dua tahun kemudian.

Daytona 765 dilapor bakal menggunakan khidmat enjin baharu tiga selinder bersesaran 765cc. Mampu menjana kuasa mencecah 135hp, ia boleh ditala agar lebih berkuasa dan dapat memenuhi piawaian emisi Euro5.   

Daytona baharu akan dilengkapi pelbagai ciri elektronik terkini, sekali gus menjadikannya sebagai sebuah sports bike paling menarik di pasaran. Antaranya termasukkan kawalan cengkaman, mode tunggangan, cornering ABS, quickshifter dan autoblipper sebagai ciri standard.

Bukan itu sahaja, ia juga dijangka dipasang dengan suspensi Ohlis, brek Brembo spesifikasi perlumbaan, lampu LED, panel instrumen TFT dan banyak lagi.

Gayaan motosikal itu bagaimanapun tidak terlalu jauh berbeza berbanding model lama. Badan yang nipis dengan garis-garis agresif masih dikekalkan dan Triumph cuba untuk memastikan berat seminimum mungkin.  

Sehingga kini, masih belum tarikh pengenalan Daytona 765 diumumkan oleh Triumph. Bagi peminat jentera sport, ini satu penantian yang sangat berbaloi.  

Tags
Google ads
Back to top button