Buletin

KISAH ‘V PLAN’ PEMILIK GEELY, LI SHUFU. JAWAPAN ‘I LOVE U’, BOLEHKAN DIA BELI VOLVO

Saluran Youtube Auto Age mendedahkan ‘V Plan’ yang diilhamkan oleh pemilik Geely, Li Shufu ketika berada dalam bilik mesyuarat sehingga membuatkan staf hanya berpandangan sesama sendiri mengenai idea tersebut.

‘V Plan’ yang dimaksudkan adalah strategi untuk mengambil alih pengeluar kereta dari Sweden, Volvo yang pada ketika itu dimiliki oleh Ford.

Li Shufu mula melihat Volvo sebagai jenama automotif yang berpotensi pada tahun 2002, tidak lama selepas Geely mendapat kebenaran Beijing untuk menghasilkan kereta sebagai pembuat kereta persendirian pertama di China.

Beliau percaya Volvo akan membantu Geely mencapai hasrat untuk menghasilkan kereta bertaraf dunia, paling selamat, mesra alam serta cekap tenaga. Li turut menuntut semua unit Geely belajar tentang tadbir urus korporat daripada Volvo yang mempunyai sejarah hampir 100 tahun.

Krisis kewangan dunia dari 2007 hingga 2009 adalah krisis yang tercetus akibat kegagalan beberapa siri bank serta syarikat insurans yang dilanda krisis hartanah dan pinjaman subprima di Amerika Syarikat.

Krisis itu membawa kepada kemelesetan ekonomi dunia, yang dianggap oleh ramai ahli ekonomi sebagai terburuk sejak kemelesetan besar pada tahun 1930-an. Industri paling terkesan dengan kemelesatan tersebut adalah industri automotif, di mana dua daripada syarikat terbesar iaitu General Motors (GM) dan Chrysler muflis.

Pada 2009, Li diminta tunjuk sebab pengambilalihan terhadap Volvo oleh kesatuan pembuat kereta Sweden. Li juga diminta memberi tiga perkataan dan jawapan darinya adalah “I Love You”. Jawapan tersebut berjaya membuatkan Volvo berada dalam tangan Geely pada tahun 2010 seperti yang kita ketahui sehingga hari ini.

Menurut perkongsian video tersebut, Li Shufu mempertaruhkan syarikat Geely serta seluruh hidupnya untuk memiliki Volvo bahkan ketika menandatangani perjanjian tersebut, Li Shufu sempat mengalirkan air mata.

Geely dan Volvo sangat membantu antara sama lain. Geely membantu Volvo mengumpul AS$11 bilion (RM48.4 bilion) untuk membangunkan platform automobil unibody bersaiz penuh, platform yang berkuasa dan cukup fleksibel untuk menghasilkan model sedan, SUV serta trak yang merentasi tiga benua.

Pada tahun 2013, Geely dan Volvo menubuhkan Pusat Teknologi Kenderaan Eropah China atau CEVT, di Sweden. Ia merupakan sebuah hab yang digunakan untuk berkongsi kepakaran dalam usaha membina dua jenama baharu iaituPolestar dan Lynk & Co.

Pemilikan Volvo oleh Geely membuktikana kepentingan kedua-dua syarikat itu dilindungi. Kata Li, “Saya tidak berani mengatakan Geely dan Volvo ‘bersatu’ sepenuhnya. Tetapi kami telah mewujudkan budaya korporat yang saling menghormati dan bertolak ansur sebagai terasnya.” – YouTube

Google ads
Back to top button