Buletin

GWM MALAYSIA BERI KEJUTAN KEPADA PELANGGAN TERAWAL ORA GOOD CAT – HANTAR DALAM KOTAK HADIAH LUTSINAR GERGASI!

Great Wall Motor Malaysia menepati janji mereka dengan menghantar kumpulan pertama kenderaan elektrik ORA GOOD CAT kepada pelanggan pada musim perayaan.

Kumpulan pertama yang menempah ORA GOOD CAT sebelum pelancaran rasmi pada 28 November 2022 menerima kejutan dengan penghantaran peribadi daripada GWM. Dengan trend terkini menggunakan ‘kotak hadiah’ lutsinar, ‘kotak hadiah’ gergasi itu menarik banyak perhatian di sepanjang perjalanan sekitar Lembah Klang.

Berikutan penghantaran ORA GOOD CAT kumpulan pertama, GWM sedang dalam proses untuk menghantar kereta kepada pelanggan mereka pada Tahun Baru Cina.

“Kami menyasarkan untuk menghantar lebih banyak ORA GOOD CAT dalam beberapa minggu akan datang. Kami berharap pelanggan dapat memandu kereta baharu mereka semasa melawat rakan dan keluarga semasa Tahun Baru,” kata Pengarah Pengurusan GWM Malaysia, Mike Cui.

GWM Malaysia merancang untuk melancarkan 9 model baharu dalam tempoh tiga tahun. Syarikat itu juga akan memulakan pemasangan tempatan (CKD) pada tahun 2023 sebagai satu cara untuk menunjukkan komitmen dan menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.

Pengedar kereta GWM, Superhub baru-baru ini membuka bilik pameran jualan pertamanya di Puchong. Pengurus cawangan itu berkata, “Keazaman Great Wall Motor menubuhkan anak syarikat untuk pasaran tempatan telah memberi kami keyakinan penuh untuk bekerjasama dalam jangka masa panjang.”

Superhub mempunyai 4S lain yang terletak di USJ dan dijangka mula beroperasi pada Februari 2023.

Pada tahun 2022, GWM menggiatkan usahanya untuk berkembang ke negara-negara ASEAN termasuk Thailand dan Malaysia.

Berikutan penubuhan kilang Rayong GWM di Thailand, penubuhan Great Wall Motor Malaysia pada Julai 2022, serta pelancaran ORA GOOD CAT pada November 2022 membuktikan keupayaan GWM dalam menawarkan kenderaan tenaga baharu HEV, PEV dan BHEV di rantau ini.

ORA GOOD CAT boleh dipandu uji di pengedar sah yang ditetapkan GWM, iaitu di Glenmarie, Puchong, dan Pulau Pinang atau layari laman web GWM Malaysia: https://www.gwm.com.my untuk maklumat lanjut.

Google ads
Back to top button