Artikel Pilihan

LAMBORGHINI AKHIRNYA KELUARKAN HURACAN STERRATO MAMPU MILIK – RAMAI YANG PAKAI LEPAS NI KOT

Lamborghini memang tak perlu diperkenalkan lagi. Huracan pun ramai yang kenal, tapi Sterrato rasanya masih ada yang blur. Ia merupakan model supercar off-road terbaru daripada Lamborghini.

Setakat ni setahu kami belum ada tokey kosmetik timbang kati yang beli. Kini muncul pula Sterrarto baharu yang boleh dikatakan mampu milik. Harga tak cecah jutaan RM macam model Lamborghini lain cuma satu je masalahnya. Ia cuma mempunyai dua tayar.

Untuk projek terbaru ini Lamborghini telah bergabung dengan pengeluar basikal premium dari Itali, 3T. Hasil kolaborasi mereka lahirlah sebuah basikal. Yaa, basikal premium yang dinamakan 3T Exploro Racemax X Huracan Sterrato yang dipasarkan dengan harga USD15,000 (RM66,075).

Nampak macam taktik pemasaran kan? Tapi okeylah. Sehebat mana pun supercar Huracan Sterrato takkan boleh masuk jauh ke dalam hutan melalui denai-denai kecil tapi Sterrato versi basikal ni pasti boleh.

3T ialah pengeluar basikal yang berfokuskan gravel bike, kira macam basikal off-road la. Ia kelihatan seperti basikal jalanan biasa tetapi menawarkan keselesaan dan kawalan di laluan off-road sama seperti Huracan Sterrato sebenar.

Dengan kata lain inilah sebuah basikal dengan kualiti terbaik dan eksklusif untuk mereka yang berkemampuan. Masih mahal jika dibandingkan dengan basikal keluaran China tetapi kira la murah jika dibandingkan dengan supercar sebenar keluaran Lamborghini.

Berdasarkan laman sesawang 3T, Exploro Racemax X Huracan Sterrato ini ditawarkan dari saiz 51cm hinggalah 58cm. Ia dilengkapi dengan tayar-tayar besar 40mm 700c Pirelli Cinturato Gravel yang bersaiz lebar dan dipadankan dengan roda karbon Discus 45 I 40 LTD keluaran 3T sendiri lengkap dengan hub titanium.

Pelananya pula ialah Fizik Antares Versus EVO 00 Adaptive yang memberikan lebih keselesaan untuk kayuhan jarak jauh. Nampak tipis je kan tapi ia bakal memberikan sokongan yang padu untuk punggung anda. Agaknya la.

Kalau mampu baik tempah cepat-cepat sebab ia akan dikeluarkan sebanyak hanya 2,000 unit sahaja. Bila lagi nak pakai Lamborghini yang tak payah isi minyak kan?

Google ads
Back to top button