Artikel Pilihan

CIRI-CIRI ISTIMEWA KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA

Rasanya semua orang pernah menumpang atau memandu kenderaan pacuan empat roda, namun jarang ambil tahu berkenaan mode pemanduan yang disediakan. Ini disebabkan kita hanya memandu kenderaan tersebut di jalan yang biasa, bukannya di laluan yang mencabar. Membeli kenderaan pacuan empat roda merupakan satu tiket khas untuk anda cuba memandu di laluan yang lebih lasak.

Jalan yang tidak rata, jalan yang berlopak, jalan yang berlumpur selepas hujan, meredah permukaan tanah yang lembut dan basah merupakan jalan yang biasa tidak boleh dilalui oleh kereta biasa yang datang dengan pacuan 2 roda depan dan 2 roda belakang sahaja. Manakala kenderaan pacuan empat roda datang dengan mode pilihan untuk mengaktifkan kesemua tayar melalui gear tambahan.

Kenderaan pacuan empat roda yang menjadi buah mulut rakyat seperti Mitsubishi Storm (sekarang Triton), Hilux dan juga Ranger akan datang dengan pelbagai mode tawaran gear. Jika dulu gear tersebut mesti diaktifkan dengan memasukkan tombol gear pada kedudukan, sekarang ia hanya perlu diaktifkan dengan menggunakan butang sahaja.

Biasa terdapat 3 mode gear yang disediakan iaitu 2H, 4H, dan juga 4L. Dalam aplikasi 2H, hanya dua tayar belakang sahaja yang akan menggerakkan kenderaan pacuan empat roda ke depan. Kesemua kuasa enjin akan dihantar ke tayar belakang melalui propeller shaft ke rear differential. Ia menggunakan ratio gear yang tinggi bagi memberikan penjimatan bahan api bagi pemanduan biasa di atas jalan berturap

Kenderaan pacuan empat roda berbeza dengan kenderaan pacuan semua roda AWD. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kedua-dua sistem di SINI

Namun sebaik sahaja kenderaan pacuan empat roda digunakan atas permukaan yang longgar seperti tanah merah, berpasir dan juga berbatu yang sukar untuk dihadapi dengan 2 pacun roda, maka pilihan yang baik ialah dengan menggunakan pilihan pacuan 4 roda 4HLc. Pada masa ini mode 4HLc akan mengunci gandar yang akan menghantar kuasa pada tayar depan.

Ia masih menggunakan ratio yang tinggi sama seperti mode 2H dan membolehkan sesetengah kereta pacuan 4 roda dipandu pada kelajuan normal. Tayar depan akan menerima kuasa dan membantu cesi membawa kereta ke depan ketika menghadapi halangan permukaan jalan yang mencabar.

Dalam mode 4HLc (Triton), tayar boleh berputar dengan bebas antara bahagian kiri dan kanan tanpa memberikan kerosakan mekanikal kepada system. Sistem terakhir yang disediakan ialah 4LLc. Sama seperti 4HLc, sistem ini akan diaktifkan apabila pemandu menekan butang pada papan pemuka yang akan mengunci output propeller shaft pada gandar depan dan belakang.

Namun berbeza dengan 4HLc, sistem 4LLc akan menggunakan ratio yang lebih rendah. Apabila ratio rendah digunakan, ia akan menggandakan nilai tork yang dihasilkan oleh enjin kepada tayar. Kesemua tayar akan menerima gandaan tork yang lebih besar bagi membantu mereka keluar dari halangan pada permukaan jalan.

Ia akan membantu kenderaan pacuan empat roda jika tersangkut di dalam lumpur, mendaki halangan yang curam, sesuai untuk jalan yang bersalji serta permukaan yang lebih mencabar. Disebabkan gear yang digunakan dalm mode ini lebih besar, maka halangan utama ialah ia tidak boleh dipandu dengan laju. Ia juga menyebabkan kenderaan tidak boleh mengambil selekoh dengan laju disebabkan tayar belakang telah berkunci antara roda kiri dan kanan.

Bagi kenderaan pacuan empa roda versi terbaru seperti Mitsubishi Triton, ia datang dengan satu ciri baru 4WD Super Select II yang dipanggil dengan nama 4H dimana ia menggunakan sistem viscous coupling dan center differential sama seperti kenderaan pacuan semua roda. Jadi kereta akan berfungsi sama seperti kenderaan AWD yang mempunyai kelebihan pengendalian seperti dipandu ketika hari hujan

Kenderaan pacuan empat roda juga ada kelebihan sistem yang lain yang dipanggil Hill Decent Control. Dalam mode ini, jika diaktifkan akan membantu pemandu membrek secara automatik ketika menuruni jalan berbukit yang tidak berturap. Sistem akan diaktifkan ketika halaju antara 2-20km/j dan membenarkan pemandu fokus pada stering

Wading Depth atau dalam bahasa melayu kedalaman maksmima kenderaan pacuan empat roda boleh mengharungi air. Kedalaman ini akan ditentukan oleh pengeluar bergantung kepada kedudukan peralatan elektronik yang sensitif, intake manifold enjin dan juga beberapa komponen lain yang senssitif dengan air.

Sebagai contoh Ford Ranger boleh mengharungi air pada kedalaman maksimum 800mm, Toyota Hilux 700mm, Mitsubishi Triton 600mm, dan Nissan Navara 450mm.

Akhir sekali ialah keupyaan kenderaan pacuan empat roda menghadapi bentuk permukaan bumi yang mencabar. Ia ditentukan dengan berapa sudut maksimum yang boleh dilalui pada bahagian depan dan juga belakang. Ia disebut sebagai approach angle dan departure angle.

Satu lagi yang menjadi ukuran ialah katakan kenderaan pacuan empat roda anda baru sahaja melepasi anak sungai dan cuba memanjat ke arah tebing sungai, paling penting ialah tayar belakang boleh melepasi tebing sugai tanpa bahagian tengah cesi tersangkut pada tebing sungai. Ia disebut ramp-break over angle dalam bahasa Inggeris.

Google ads
Back to top button