Buletin

CIRI-CIRI KESELAMATAN NISSAN NV350 URVAN KINI DIPERTINGKAT

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd. (ETCM) mengumumkan bahawa Nissan NV350 Urvan (High Roof) kini telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri keselamatan baru. 

Ciri-ciri yang telah dipertingkatkan itu termasuklah Pelaras Manual Lampu Utama dan Lampu Kabus Belakang yang menambah baik tahap pandangan apabila memandu pada waktu malam. 

Sementara Pengehad Kelajuan dipasang untuk memastikan had kelajuan iaitu 100km/j untuk kenderaan penumpang >12 tempat duduk di Malaysia dipatuhi. Turut ditambah baik ialah Penutup Tangki dengan Kunci.  

“Nissan NV350 Urvan menjadi model pengangkut penumpang yang sangat popular kerana kemampuannya membawa sehingga 14 orang, selain sifatnya yang tahan lasak dan boleh dipercayai,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

NV350 Urvan dikuasakan oleh enjin pengecas turbo 2.5L YD25DDTi ddan dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan untuk mencapai penjimatan bahan api yang mengagumkan iaitu 11.2km/L berdasarkan kepada kitaran ujian JC08 Jepun. 

Brek ABS, BA, lampu brek yang dipasan pada posisi lebih tinggi dan kunci keselamatan kanak-kanak menjadi ciri standard. Sementara Zon Binaan Badan Nissan memaksimumkan perlindungan penumpang jika berlaku kemalangan.

Harga di atas jalan (termasuk GST, tanpa insurans) dan tempoh jaminan NISSAN NV350 Urvan adalah seperti berikut: 

JENIS PENDAFTARAN NISSAN NV350 URVAN TEMPOH JAMINAN (mana-mana tiba dahulu)
Semenanjung Malaysia (RM) Sabah (RM) Sarawak (RM) Pulau Langkawi (RM) Pulau Labuan (RM)
Peribadi Individu  122,000.00 123,900.00 123,900.00 112,200.00 113,000.00 5 tahun atau perbatuan sejauh  150,000km
Syarikat Individu 122,200.00 123,900.00 123,900.00 112,400.00 113,000.00
Syarikat Komersial 122,550.00 124,900.00 124,900.00 112,850.00 114,000.00 3 tahun atau perbatuan sejauh  100,000km

Stok sedia ada untuk penghantaran serta-merta. Maklumat lanjut mengenai NISSAN NV350 Urvan, sila kunjungi bilik pameran NISSAN di seluruh negara atau layari laman web: www.nissan.com.my.

KEMPEN KESELAMATAN NISSAN 2017 (PUSINGAN KETIGA)

Selain itu, ETCM juga telah menganjurkan siri ketiga Kempen Keselamatan Nissan 2017 serentak dengan Karnival Pandu Uji Seluruh Negara ETCM. Ia bertujuan mendidik rakyat Malaysia dengan pengetahuan tentang keselamatan jalan raya menerusi aktiviti kreatif di lokasi-lokasi berikut:

Tarikh Masa Wilayah Lokasi
16 – 17 September 10am – 8pm Tengah ETCM Petaling Jaya, Selangor
Utara ETCM Butterworth
Pantai Timur ETCM Kuantan
Selatan ETCM Johor Jaya
Sarawak ETCM Kuching
Sabah ETCM Kota Kinabalu
22 – 23 September Sarawak ETCM Bintulu
23 – 24 September Utara ETCM Taiping
Selatan ETCM Semabok

Pelbagai aktiviti keselamatan antaranya:

  • Ceramah Keselamatan Eksklusif: dijalankan oleh Pengasas Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya, Kapten K. Balasupramaniam. Bengkel ini hanya diadakan di Pusat 3S ETCM Johor Jaya.
  • Penggantian Inflator Beg Udara Takata: penggantian secara percuma ke atas kenderaan Nissan yang terlibat. 
  • Pengalaman Memarkir Dalam Gelap: tingkatkan kemahiran memarkir kenderaan anda dengan 360° Intelligent Around View Monitor Nissan yang pertama pada model  Nissan X-Trail
  • Pengalaman Pandangan yang Terjejas: alami dan fahami bahaya yang mungkin berlaku akibat pandangan yang terjejas terutama ketika pemandu kurang tidur atau berada di bawah pengaruh alkohol 
  • Penerangan Tempat Duduk Kanak-kanak: satu sesi yang menunjukkan kepentingan tempat duduk kanak-kanak serta cara pemasangan yang betul di dalam kenderaan Nissan. Bengkel ini hanya diadakan di ETCM Johor Jaya
  • Permainan Keselamatan Kanak-kanak: satu sesi untuk kanak-kanak mengetahui tentang papan tanda jalan agar mereka lebih selamat 

Orang awam yang ingin menyertai aktiviti ini boleh menghubungi Jabatan Khidmat Pelanggan ETCM di talian +603-4047 8788 atau hantarkan e-mel ke: [email protected] 

KEMPEN HARI MALAYSIA

Sempena sambutan Hari Malaysia, ETCM menganjurkan Kempen Hari Malaysia pada September 2017. 

Kempen tersebut menyediakan tawaran hebat untuk model-model terpilih Nissan dengan pilihan merangkumi Penjimatan Hebat Hari Malaysia sehingga RM6,500* atau Set Promo Hari Malaysia bersama promosi RM1.00 untuk pakej aksesori premium* serta rebat  sehingga RM4,500*.

Google ads
Back to top button