Buletin

CITROËN C3 R5 SEDIA BERAKSI DI RALLYE DU VAR

Nampaknya saingan R5 semakin meriah sejak akhir-akhir ini. Terkini, Citroën C3 R5 sah bakal membuat penampilan sulung untuk tatapan umum di Rallye du Var pada 23-26 November nanti. Berita ini pasti mengujakan buat peminat rali kerana sebelum ini Citroën telah pun membuat ujian sulung pada September yang lalu.

BACA : SKODA FABIA R5 – KECIL-KECIL CILI API

BACA : BAGAIMANA KERETA RALI MAMPU BERTAHAN DALAM KEADAAN EKSTRIM

C3 R5 ini telah pun melalui pelbagai siri ujian intensif semenjak September termasuk melalui persekitaran meliputi laluan aspal dan berbatu. Ujian sejauh 4,000 km telah diharungi oleh pemandu Stéphane Lefebvre, Craig Breen and Yoann Bonato bagi menjamin ketahanan dan keupayaan jentera R5 ini. Bila dah terbukti laju dan lasak, barulah boleh untuk dibuat jual kepada orang lain pula kan?

Dibina sendiri oleh Citroën Racing, jentera C3 R5 ini disasarkan untuk beraksi dalam kategori WRC-2 dan juga ERC. Jentera ini akan dipandu oleh Yoann Bonato pada Rallye du Var, pusingan terakhir bagi French Rally Championship. Sebagai makluman, Yoann yang memandu DS3 R5 telah pun merangkul kejuaraan tersebut tanpa perlu bertanding pada pusingan terakhir nanti.

Cuma untuk pusingan terakhir ini, jentera ini bakal memakai no ‘0’ di badan kereta. Penyertaannya dalam perlumbaan ini sebetulnya tidak akan dikira sementelah ianya belum lagi menjalani homoglasi yang oleh FIA. Budak-budak kata jenis main ‘ta-ya-pa-wau‘ aja.

C3 R5 ini lebih disasarkan untuk menjalani ujian penuh pada perlumbaan sebenar sebelum benar-benar beraksi pada musim 2018 nanti. Menurut Prinsipal pasukan, Yves Matton berkata bahawa Yoann Bonato telah melalui musim yang menakjubkan disamping kejayaan merangkul kejayaan utama dan selayaknya beliaulah yang paling afdal untuk memandu Citroën C3 R5 untuk tontonan khalayak buat pertama kali.

Menurut Pierre Budar pula selaku Pengarah Pembangunan Kereta Lumba Pelanggan melahirkan rasa terima kasih di atas kejayaan ujian yang dijalankan sebelum ini tanpa isu besar terhadap perkara teknikal dan berjaya mencapai kemajuan terhadap jentera serta potensinya.

Bagi Yoann Bonato sendiri beliau telah terlibat dengan pembangunan jentera baharu dari peringkat awal lagi. Segala input telah pun dicurahkan dan kini menunggu detik untuk diterjemahkan di atas permukaan aspal pula.

Pastinya saingan kategori R5 ini makin meriah untuk ditonton pada musim hadapan. Ramai yang tak sabar dah nak tunggu Iriz R5 saing dengan R5 yang lain.

Google ads

B K

Back to top button