Buletin

CITROEN MY AMI BUGGY – VERSI KONSEP DIREALISASIKAN, 50 UNIT SAHAJA

Disember tahun lalu, Citroen ada memperlihatkan sebuah model bugi konsep yang digelar sebagai My Ami Buggy Concept, dan berita menariknya ia bakal direalisasikan dalam versi produksi dan dijual secara eksklusif dalam talian bermula 21 Jun ini.

Versi produksi My Amy Buggy ini menampilkan warna badan hijau gelap, aksen kuning terang, rim keluli gangsa, rekaan pintu tubular, serta bumbung berwarna kelabu gelap yang diakhiri dengan pemasangan spoiler.

Terdapat seksyen kanvas yang boleh dibuka dan disimpan pada ruang storan di bahagian belakang tempat duduk.

Seperti model standard, Citroen My Ami Buggy menampilkan sebuah motor elektrik berkuasa 8 hp, kelajuan tertinggi 45 km/j, dan jarak pemanduan sejauh 70 km terima kasih kepada pek bateri berkapasiti 5.5 kWh.

Di Eropah, ia diklasifikasikan sebagai kuadrisikal yang membolehkannya dipandu tanpa memerlukan lesen memandu.

Harga jualan bermula dari €9,790 (RM44,906) dan hanya ditawarkan sebanyak 50 unit sahaja.

Google ads
Back to top button