Buletin

POLESTAR DEDAH TEASER CROSSOVER COUPE 4

Dalam masa dua tahun, Polestar akan melancarkan sehingga tiga buah model baharu, dan dalam satu imej teaser syarikat itu memperlihatkan rekaan belakang model Polestar 3, Polestar 5 dan sebuah model yang dibaluti kain, disyaki sebagai Polestar 4.

Polestar 4 merupakan sebuah crossover elektrik berbentuk coupe yang bakal dilancarkan pada tahun 2023, dan berdasarkan perbandingan ia dilihat membawakan dimensi yang hampir sama dengan model Polestar 3.

Namun, sebelum kehadiran Polestar 4, ia akan didahului oleh model Polestar 3 yang merupakan crossover pertama jenama itu, menampilkan konfigurasi dua baris tempat duduk dan trenkuasa motor elektrik tunggal atau dua motor elektrik.

Difahamkan, Polestar 3 dan 4 berkongsi platform dengan model Volvo XC90 generasi baharu, dengan menawarkan jarak operasi sejauh 600 km.

Sementara model Polestar 5 pula merupakan sedan elektrik yang hanya akan muncul pada tahun 2024, namun model prototaip sedan itu bakal muncul buat kali pertama pada acara Goodwood Festival of Speed bulan ini.

Google ads
Back to top button