
CITY TRANSFORMER CT-1. KERETA MINI UNTUK BANDAR. TOP SPEED 90KM/J, 179KM SEKALI CAJ, BERMULA RM57K
Jika seseorang meminta anda untuk membayangkan kereta seperti robot, terus sahaja tunjuk foto kereta dari syarikat Israel, City Transformer iaitu CT-1.
Dibangunkan sejak tahun 2014, projek kereta itu sudah memasuki versi ketujuh. City Transformer kini bekerjasama dengan firma kejuruteraan Segula Technologies yang akan membantu dalam aspek pembangunan kejuruteraan mesin.

CT-1 ialah sebuah quadricycle elektrik yang direka untuk digunakan di bandar. Jentera itu mempunyai dua tempat duduk iaitu pemandu dan tempat duduk penumpang di belakang.
CT-1 berukuran 1,580mm tinggi dan 2,500mm panjang dengan jarak roda 1,800mm. Dengan saiz sebegitu kecil, ia sebenarnya memberikan kestabilan dan keselesaan untuk bergerak di jalan raya yang sesak.

Pesaing kepada Citroën Ami itu hanya berat 590kg dan dikuasakan oleh sepasang motor 7.5kW. Ia mampu mencapai masa 0-50km/j dalam masa lima saat.
Kenderaan itu boleh bergerak pada kelajuan maksimum 90 km/j. Sekiranya berada pada kelajuan melebihi 45 km/j dalam mod prestasi, bahagian hadapan akan melebar 40 cm untuk memberikan kestabilan lebih baik.
Ct-1 menawarkan jarak 179km dengan sekali caj penuh. Pengecasan 10 hingga 80 peratus akan mengambil masa 30 minit. Sudah sedia untuk pra-pesanan, ia ditawarkan pada harga AS$12,014 (RM56,910). – Free Malaysia Today
- BACA: LELAKI BIKIN KERETA MINIATURE DIKENALI DWARF CARS. ADA YANG TAWAR NAK BELI PADA HARGA RM1.8 JUTA!!!
- BACA: HYUNDAI REKA KERETA MINI 45 EV CONCEPT UNTUK PESAKIT KANAK-KANAK
- BACA: PASUKAN BOBSLEIGH JAMAICA BERLATIH TOLAK KERETA MINI. SASAR LAYAK OLIMPIK MUSIM SEJUK BEIJING
- BACA: KERETA MINI MASA DEPAN TIDAK LAGI BERSAIZ MINI, IA AKAN LEBIH BESAR

