Buletin

KERETA MINI MASA DEPAN TIDAK LAGI BERSAIZ MINI, IA AKAN LEBIH BESAR

Sejak BMW mangambil alih syarikat pembuatan kereta Mini di Britain, ia telah bertukar daripada sebuah kereta kecil mikro kenit kepada kereta kompak pilihan pacuan roda hadapan oleh BMW.

Walaupun semua orang tahu bahawa Mini adalah BMW namun rekabentuk dan konsepnya masih kekal dengan inspirasi Britain yang asli. Cuma, ia kini lebih moden, sofistikated dan lebih besar.

BACA: MINI JCW DILANCARKAN

Ketika itu, BMW belum ada kereta kecil dan paling kecil pun ialah 3 seiries. 

Dan ketika BMW sudah mula menghasilkan siri1, 2 dan X yang lebih kecil, Mini turut mendapat faedah yang sama. Sebagai contoh, model Mini Countryman hari ini diasaskan dari SUV BMW X1 dan X2.

Ketua projek rekabentuk Mini Florian Nisslmemberitahu bahawa Mini akan datang tidak akan lagi tertakluk pada saiz kecil.

“Perasaan memandu Mini sudah tidak lagi tentang saiz. Berdasarkan teknologi dan keselamatan, rekabentuk dan falsafah Mini boleh sahaja dikekalkan dan dalam masa yang sama tidak tertakluk pada saiz yang kecil,” ujar beliau.

Nissl percaya masih banyak yang boleh dilakukan menggunakan bahasa rekabentuk Mini hari ini demi mengekalkan profil asalnya. Ia termasuklah sebuah kereta Mini dengan konfigurasi tiga baris tempat duduk.

 

Google ads
Back to top button