Artikel Pilihan

FORD SIERRA COSWORTH UNTUK DILELONG – KERETA JUARA BTCC NI DER!

Ini bukan sebarang kereta lumba. Ford Sierra Cosworth RS500 ini yang tarafnya lagenda seumpama Shiela Majid bakal dilelongkan oleh Silverstone Auctions pada minggu hadapan. Selepas Raya Cina nanti. Jadi, jangan habiskan duit Ang Pow, ok?

BACA : FORD SIERRA COSWORTH RS500 INI DISIMPAN DALAM STORAN KHAS – CUBA TEKA BERAPA HARGA NAK JUAL?

BACA : MASIHKAH ANDA INGAT TENTANG KERETA INI? PROTON WAJA YANG BERTARUNG DALAM BTCC?

Mengapa ianya dianggap sebagai lagenda? Ini bukan Sierra Cosworth RS500 biasa-biasa ya adik kakak. Kereta ini adalah juara BTCC pada tahun 1990.

Bukan setakat muncul juara pada tahun tersebut, malah kereta ini turut mencipta beberapa rekod. Kereta yang dipandu oleh Robb Gravett, Mike Smith dan Stig Blomqvist telah mencipta sembilan kemenangan, lapan kali kedudukan grid pertama dan serta lapan kali catatan masa terpantas.

Dan selepas 20 tahun lamanya kereta ini tersimpan, kereta lagenda ini bakal dilelongkan di Stoneleigh Park bersempena dengan Silverstone Auctions Race Retro Competition Car Sale.

Menurut Pengarah Urusan Silverstone Auctions, Nick Whale “Jentera yang telah memecahkan rekod serta mendominasi Group A BTCC 1990 yang mana diketuai oleh pemandu Robb Gravett dan ianya dibantu oleh Stig Blomqvist serta Mendiang Mike Smith”.

Ternyata gandingan diantara jentera yang hebat serta digandingkan pula dengan pemandu yang handal berjaya membuktikan kejaguhannya di kala itu dengan memecahkan beberapa rekod. Gabungan yang cukup sempurna.

Menurut Nick Whale lagi, tawaran buat julung-julung kali ini seharusnya tidak dilepaskan peminat setelah ianya disimpan selama 20 tahun. Beliau juga mengundang para Jutawan Kosmetik yang banyak duit untuk sama membida. Eh sori, yang ni Brader Karrager saja pandai-pandai tambah bagi panjang artikel.

Kereta dengan chasis nombor  MTRS01 yang bernaung di bawah pasukan Trackstar, ditubuhkan oleh Mike Smith pada 1989 bersama bekas Pengurus Pasukan Prodive, Malcolm Swetnam dan juga Robb Gravett dengan cita-cita untuk memenangi kejuaraan BTCC. Ironinya gabungan mereka ini berjaya membuahkan hasil.

Kecuali pemasangan kerangka baharu, spesifikasi asal jentera ini dikekalkan termasuklah engin asal RS500 yang mampu menjana sehingga 500hp.

Pelekat / tema asal jentera ini turut dikekalkan. Dan kalau nak bersaing semula seperti dalam  Grand Prix Legends Touring Car Challenge rasanya pun boleh bila-bila masa.

Jadinya, berapakah harga yang dijangka untuk dibida oleh Jutawan Kosmetik tersebut? Sekitar  £175,000 (RM954,817) hingga £220,000 (RM1,200,342) sahaja. Campur Cukai merepek lagi, entah berapa pula nak kena tambah. Macam mana??

 

Google ads
Back to top button