Buletin

CODY GAKPO DILANTIK SEBAGAI DUTA RASMI BENTLEY UNTUK UK DAN EROPAH

Bentley Motors mengumumkan pelantikan pemain bola sepak profesional Cody Gakpo sebagai duta baharunya untuk UK dan juga Eropah. Cody Gakpo yang diikenali dengan ketepatan dan daya tarikannya, di dalam dan di luar padang, sekali gus mencerminkan semangat prestasi Bentley merentasi setiap aspek perniagaannya.

Seorang atlet elit di kemuncak kerjayanya, Cody Gakpo berkongsi dedikasi yang sama terhadap kecemerlangan yang telah mendefinisikan kejuruteraan prestasi Bentley sepanjang sejarah 106 tahunnya. Dalam peranan baharunya sebagai duta, beliau akan bekerjasama dengan Bentley untuk membantu membentuk lagi persepsi awam terhadap visi moden dan prestasi perintis jenama tersebut.

Pada awal tahun yang lalu, pasukan Bentley Motors di Crewe telah mengalu-alukan kehadiran Cody Gakpo ke kilang tersebut, hanya terletak tidak jauh dari rumahnya di Cheshire.

Di kilang Bentley tersebut, beliau memerhatikan kejuruteraan yang teliti di sebalik kenderaan berprestasi tinggi Bentley dan kagum dengan ketepatan dan perhatian terhadap perinciannya.Malah Beliau juga sempat mencuba menjahit stereng, merasai sendiri kemahiran dan penjagaan yang diperlukan untuk setiap kereta yang dihasilkan secara cukup teliti di Bentley Motors.

Semasa lawatannya, Cody Gakpo telah bertemu dengan Phillip Dean dari pasukan Mulliner Bentley untuk merangka spesifikasi unik untuk Bentayga Speed ​​baharunya, yang kuncinya akan berada di tangannya pada awal tahun 2026. Beliau memilih kombinasi luaran Rubino Red yang menarik, dengan Pillar Box Red dan dalaman Beluga sebagai tanda penghormatan kepada warna pasukan handalan Liverpool yang beliau wakili ketika ini.

Sebagai rekod, Cody Gakpo kini memandu Bentley Bentayga S Black Edition V8 dengan warna Royal Ebony Satin warna cat Mulliner khas, dengan dalaman Mandarin dan Beluga, sebagai penghormatan kepada kebanggan Oranje.

Selain daripada dua model Bentayga dengan sentuhan pengubahsuaian citarasa peribadi, Cody Gakpo juga sebenarnya turut membeli sebuah lagi Bentayga khusus untuk bapanya di Belanda yang telah menjadi sumber inspirasi beliau sehingga kini.

Pemilihan Cody Gakpo sebagai duta dilihat tepat atas faktor pemuda ini juga mempunyai cerita luar padang yang bersih disamping turut dilantik sebagai duta oleh Puma. Cody Gakpo turut dikenali sebagai dermawan yang setiap tahun ke negara kelahiran bapa, Togo untuk memperjuangkan inisiatif tempatan yang memanfaatkan kuasa sukan, pendidikan dan peningkatan kolektif.

BACA : BENTLEY BENTAYGA APEX EDITION – 20 UNIT SAHAJA DALAM DUNIA. SUPER RARE NI

BACA : BENTAYGA EWB DENGAN WARNA CANDY PINK SATU SAHAJA DI DUNIA. ANDA PUN BOLEH TEMPAH DENGAN MULLINER KALAU NAK

Google ads

B K

Back to top button