
CONTINENTAL UX7 – UNTUK ASIA TAPI DIUJI & DIBANGUNKAN DI JERMAN
Bayangkan anda terbang beribu-ribu kilometer dengan masa penerbangan mencecah 13 jam semata-mata untuk menguji tayar. Ya bukan kereta, lori ataupun SUV tapi pengembaraan kali ini bertujuan untuk menguji tayar buatan Continental di fasiliti ujian tayar Contidrom
Ya anda akan menjumpai banyak pilihan tayar masa kini terutama lambakan tayar daripada jenama yang langsung tidak dikenali dengan sebutan nama yang agak mencarut, namun selepas meneliti bagaimana tayar direka, diuji, menjalani simulasi dan pelbagai prosedur bagi memastikan tayar ini selamat untuk anda
Dan kalau anda pernah memandu kereta pada waktu hujan lebat dengan rasa kereta sedang “berenang-renang” artikel Continental UX7 ini mungkin boleh selamatkan nyawa anda.
1. Ujian Brek Kecemasan Jalan Basah – Mencengkam.
Bagi ujian brek jalan basah, ia dilakukan di litar Allgemeiner Deutscher Automobil-Club (ADAC) berdekatan dengan Hanover Jerman. Dalam ujian ini pihak Continental membandingkan prestasi brek di atas permukaan jalan yang basah dengan menggunakan tayar Continental UX7 dan tayar generasi lama UC6 SUV

Dengan menggunakan SUV kompak Audi Q3 yang lengkap dipasang dengan GPS, kami diarah memandu sehingga mencapai kelajuan minima 85km/jam di atas permukaan jalan yang basah dan menekan brek sekuat hati sehingga berhenti sepenuhnya
Apa yang diukur ialah jarak yang diambil oleh Audi Q3 untuk berhenti sepenuhnya, dan jarak pemberhentian adalah berbeza dengan menggunakan tayar Continental UC6 SUV dan Continental UX7 yang terbaru
Bagi tayar UC6 SUV jarak pemberhentian terpendek ialah 31 meter dan jarak terpanjang ialah 35 meter. Namun bagi UX7, jarak terbaik adalah 25.6 meter dan paling jauh adalah 27.3 meter. Bayangkan perbezaan brek di atas permukaan basah sepenuhnya dengan UX7 membrek lebih pendek sejauh 5.4 meter

5.4 meter mungkin kedengaran tidak besar, tapi ia adalah panjang sebuah Hyundai Staria atau Mercedes-Benz V-Class. Dalam situasi sebenar di jalan raya, jarak ini mungkin akan menyelamatkan anda daripada melanggar belakang lori yang boleh menyebabkan maut.
Audi Q3 berhenti dengan cepat dengan tayar UX7. Tiada drama, tiada bunyi tayar terseret, dan tiada gegaran kuat. Bila pedal brek ditekan, tayar seolah-olah melekat di atas permukaan jalan yang basah macam magnet.

Ujian 2: Selekoh Jalan Basah, Meyakinkan
Seterusnya, kami menguji tayar UX7 di selekoh jalan basah, dengan kawasan selekoh yang disembur dengan air sepanjang masa. Untuk ujian kali ini, jentera yang digunakan adalah Volkswagen Tiguan generasi terbaru
Ujian ini dibuat bagi memberikan mimpi ngeri pada pemandu di Malaysia, berkenaan dengan hilang cengkaman tayar depan (yang menyebabkan understeer), hilang cengkaman tayar belakang (oversteer) atau gabungan semua situasi di atas dalam satu masa
Namun dengan menggunakan UX7, penulis memasuki selekoh dengan tenang dan yakin pada halaju 55km/jam. Tayar depan tidak hilang cengkaman manakala tayar belakang masih mengekalkan kestabilan biarpun jalan tersebut basah di tengah selekoh menuruni bukit
Continental UltraContact UX7 ialah tayar generasi baharu untuk pemandu harian yang direka khas untuk jalan raya Asia Tenggara yang kerap panas dan tiba-tiba hujan. Continental UX7 merupakan tayar khas untuk kegunaan SUV atau crossover memberi fokus pada tiga kriteria utama iaitu:
- Cengkaman atas jalan basah
- Keselesaan & senyap dalam kabin
- Prestasi memberhentikan kereta (braking)

Continental menggunakan teknologi “Adaptive Diamond Compound” iaitu rumusan getah khas yang yang memberikan cengkaman lebih kuat dan tahan lasak untuk kegunaan harian. Rumusan getah terbaru ini juga akan menyokong beban SUV dan memberikan cengkaman tambahan ketika brek kecemasan dilakukan
Tayar UltraContact UX7 juga turut diberikan teknologi Aqua Channels yang bertindak menyingkirkan air dari permukaan jalan dan tayar secepat mungkin. X-Force Macroblocks iaitu teknologi rekaan bentuk bunga tayar terutama pada bahagian sisi tayar menyediakan cengkaman dan kestabilan yang bagus ketika selekoh
Rekaan blok bunga tayar juga direka dengan cukup unik, bertindak untuk menjadikan tayar lebih senyap sehingga 9dB manakala teknologi Noise Breaker 3.0. Sistem ini bertindak menyerap dan memecah gelombang bunyi resonans dalam tayar yang terhasil semasa tayar sedang bergolek di atas jalan raya
Apa yang kita boleh belajar dari ujian tayar Continental?
Ramai pengguna sanggup membeli kereta yang mahal mencecah ratusan ribu ringgit, namun apabila sampai masanya tayar ditukar secara ala kadar dan timbul rasa kedekut apabila untuk melabur dengan membeli tayar berkualiti tinggi. Apabila brek kecemasan dibuat dalam hujan, teknologi yang bagus seperti Continental mampu menyelamatkan nyawa

Tayar Continental walaupun sama bulat dengan tayar jenama lain, tapi perbezaan utama Continental adalah usaha dan R&D yang berterusan dalam menghasilkan tayar yang lebih selamat. Maka tak hairanlah jenama ini menerima pengiktirafan keselamatan dari banyak pihak ketiga.
Antaranya ialah Jerman ADAC Test Tyre, majalah automotif Auto Bild & Auto Motor und Sport Tyre Tests, anugerah inovasi dari Red Dot Award & Automotive Innovation Awards dan Euro NCAP apabila ujian keselamatan dibuat oleh syarikat kereta dengan menggunakan tayar Continental
Continental UltraContact UX7 bukan sekadar tayar. Ia adalah sistem keselamatan pasif paling penting yang kita mampu beli beli dan membezakan situasi getir antara hidup dan mati apabila hujan turun sewaktu memandu
Sekiranya anda menghargai kualiti pemanduan dan mengutamakan keselamatan keluarga kau, sudah sampai masa untuk anda pandang tayar bukan sebagai objek yang meranapkan dompet, tapi sebagai pelaburan keselamatan jalanraya sebenar.