Artikel Pilihan

AVANZA KERETA USTAZ, BEZZA KERETA GRAB. STEREOTAIP MASYARAKAT

Anda pernah tak terperangkap dalam jem pagi-pagi dengan anak-anak bergaduh di barisan tempat duduk belakang, dan tiba-tiba rasa bersyukur sebab ada MPV yang luas, tahan lasak dan jimat minyak? Ramai pemilik Avanza faham situasi ini dan sebab itulah model ini jadi kegemaran ramai sejak dua dekad lalu.

Dengan lebih 1.8 juta unit terjual di Asia Tenggara sejak dilancarkan, Toyota Avanza bukan sekadar sebuah MPV bajet pilihan rakyat kebanyakan, tapi Toyota Avanza adalah fenomena. Kini dalam generasi ketiga, model ini tampil dengan reka bentuk lebih moden dan teknologi serba baharu.

Namun tahukah anda bahawa Toyota Avanza generasi pertama yang dikeluarkan pada tahun 2004 dahulu sering dikaitkan dengan ustaz dan ustazah (terutama dalam konteks budaya Malaysia dan Indonesia) disebabkan beberapa faktor budaya, sosial dan praktikal.

Jika anda meneliti persamaan antara budaya rakyat Malaysia dan Indonesia, Toyota Avanza menjadi pilihan kebanyakan guru, ustaz dan ustazah atas beberapa sebab utama:

1. Pilihan Praktikal & Ekonomi -Ketika dilancarkan satu ketija dulu, Toyota Avanza adalah antara MPV bajet yang berpatutan dengan harga pengenalan, menjadikannya pilihan popular di kalangan golongan berpendapatan sederhana, termasuk guru agama, ustaz dan ustazah. Varian 1.3 manual dijual pada harga sekitar RM 57,000 sahaja menjadikannya antara MPV mampu milik

Walaupun enjin 1.3 bukanlah enjin yang berkuasa, namun enjin ini sangat tahan lasak, jimat bahan api, serta sangat mudah untuk diselenggara. Secara tidak langsung ia menarik perhatian golongan ustaz dan ustazah untuk bergerak ke masjid, sekolah, masjlis agama dan ke sekolah agama

2. 7 tempat duduk – pada harga yang kami nyatakan di atas, tidak banyak pilihan MPV yang tersedia pada ketika itu, menjadikan Avanza sebagai kenderaan pilihan utama untuk keluarga besar atau untuk bawa pelajar, jemaah surau,masjid, atau menjalankan aktiviti dakwah.

Ramai ustaz dan ustazah juga terlibat dalam program komuniti dan ceramah di luar kawasan bandar dengan akses jalanraya yang tidak berturap. Disebabkan Avanza datang dengan jarak kelegaan permukaan jalan yang tinggi, Avanza menjadi MPV yang sangat berguna ketika bergerak ke kawasan pedalaman.

3. Imej Sederhana & Sopan – Toyota Avanza bukanlah kereta mewah atau MPV bergaya yang keterlaluan. Ia selari dengan imej kesederhanaan dan kehidupan zuhud yang sering dikaitkan dengan golongan agamawan, berfungsi untuk bergerak dari poin A ke poin B

Dalam masyarakat dan budaya tempatab, apabila ustaz dan ustazah memandu kenderaan sederhana seperti Toyota Avanza ia kelihatan lebih “beradab” atau “berakhlak mulia” berbanding jika memandu kereta mewah.

4. Trend Komuniti- Di sesetengah kawasan terutama luar bandar, bila beberapa ustaz atau ustazah mula guna Avanza, budaya pemulikan ini akan jadi ikutan atau norma dalam komuniti (trendsetter). Ya ketika itu Toyota Unser kelihatan terlalu tua selain kuat makan minyak manakala

Disebabkan Toyota Avanza mula dibeli secara berjemaah, maka timbul stereotaip sosial – “Avanza tu kereta ustaz dan ustazah.” Tapi anda janganlah ambil hati sangat kerana di zaman media sosial ini hampir semua kereta ada golongan stereotaipnya yang tersendiri

Antaranya ialah “Ustaz naik Avanza,” sama seperti “Alphard kereta Dato’,” atau “Vios atau Altis kereta salesman.” Ya, dalam budaya tempatan terutamanya Malaysia, memang wujud banyak stereotaip kenderaan yang dikaitkan dengan pekerjaan, status sosial atau gaya hidup.

Kami senaraikan beberapa contoh lain yang lebih dekat dengan kehidupan seharian kita.

1. Toyota Avanza – MPV rasmi Ustaz, ustazah, guru KAFA dan juga ahli parti politik

2. Perodua Bezza – Pemandu Grab golongan yang baru bekerja

3. Perodua Viva – kereta bajet pelajar kolej dibeli secara tunai

4. Perodua Myvi – Raja jalanan dimiliki oleh golongan muda yang liar atas jalan

5. Toyota Vios – dipandu eksekutif jualan dengan pinjaman 9 tahun. Kereta jaga imej tapi mampu milik.

6. Toyota Hilux atau semua 4×4 – Kontraktor pekerja pusat binaan dengan kasut berselut merah

7. Toyota Alphard/Vellfire – hakmilik Dato’,tokey besar, VIP dan kereta pilihan pengantin

8. Mercedes E-Class – Pegawai tinggi kerajaan, Tuan Haji kaya, pesara JUSA

9. BMW 3-Series – Boss muda, suka laju, “jalan macam dia punya”

10. Proton Wira – kereta modified abang racing, geran di tangan, kereta di bengkel

11. Honda CR-V – Pensyarah universiti, doktor kerajaan

12. Proton Exora – aya dengan keluarga besar dan belum ada rezeki beli Alphard terpakai

13. Toyota Estima recond – Ustaz kaya, usahawan Muslimin

Google ads
Back to top button