BuletinMotosikal

CUBPRIX 2017: NORIZMAN ISMAIL TERKORBAN SEWAKTU SESI UJIAN MASA PETANG TADI

Berikutan insiden semasa sesi Ujian Masa CP150 di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, ia adalah satu berita sedih untuk melaporkan pemergian Norizman Ismail.

Norizman terjatuh di Selekoh 1. Marshal dan paramedik melakukan rawatan segera manakala bendera merah dikibarkan pada jam 3.52 petang untuk menamatkan sesi latihan. Tepat jam 3.55 petang Norizman dibawa menaiki ambulan ke unit trauma untuk menerima rawatan segera sebelum dibawa ke hospital dengan mesin sokongan hayat (life support machine) dan pasukan perubatan penuh pada jam 4.12.

Jarak hospital kurang 10 minit dari lokasi perlumbaan. Namun nasib tidak menyebelahi beliau. Pihak hospital melakukan usaha terbaik namun Norizman disahkan meninggal dunia pada jam 4.50, hari Jumaat, 5 Mei 2017.

Norizman memulakan karier di Cub Prix pada tahun 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011.

Selepas mengadakan perbincangan bersama pasukan-pasukan dan pelumba-pelumba, Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan sebagai tanda hormat kepada Norizman.

Persatuan Automobil Malaysia dan seluruh komuniti Cub Prix memanjangkan ucapan takziah dan turut berdukacita kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukan Norizman.

BACA: YAMAHA Y15ZR TERBUKTI JUARA DI LITAR

BACA: CUBPRIX 2017, KATEGORI 150CC LEBIH SENGIT

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button