Buletin

BALIK KAMPUNG PENUH GAYA DENGAN MITSUBISHI – BERMULA SERENDAH RM99K!

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini mengumumkan tawaran hebat dan bonus tunai sempena musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Pelanggan yang menempah dan mendaftar sebuah kenderaan Mitsubishi mulai hari ini hingga 30 Jun akan menerima bonus tunai sehingga RM9,000.

No Model Promosi Raya
1 ASX 2WD GL SUV kompak RM99,000 + jaminan 5 tahun

(Harga asal: RM110,300)

2 Triton dengan enjin MIVEC Turbo Diesel Bonus tunai sehingga RM9,000
3 SUV Outlander SUV dengan pakej aksesori percuma Bonus tunai sehingga RM4,000 + aksesori termasuk hiburan untuk penumpang belakang Rear Seat Entertainment (dengan pemain DVD), perakam video digital dan Connected Car (GPS).
4 Outlander SUV Bonus tunai sehingga RM7,000.

Para pelanggan Mitsubishi sedia ada pula boleh memanfaatkan kempen servis MMM bermula 1 Jun hingga 15 Julai 2017. Pelanggan yang melakukan servis di mana-mana pusat servis dan MMM akan menerima e-bacar dan penyegar udara (sehingga stok masih ada).

Pakej penyelenggaraan percuma Mitsubishi merangkumi alat ganti, minyak pelincir dan kos buruh. Alat ganti yang terlibat ialah penapis minyak, minyak hitam, pembersih udara, cecair brek, penyejuk, minyak pembeza dan minyak transmisi (berdasarkan kepada sevis berjadual).

BACA: MIVEC – TEKNOLOGI PEMASAAN INJAP ‘UNDERDOG’ DARI MITSUBISHI

Memang berbaloi!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button