Buletin

CUMA RM18K, SEPARUH HARGA. INI HONDA CB500 VERSI CHINA – HENGJIAN HJ500

Honda siri CB500 adalah varian motosikal “middleweight” yang berjaya. Ia sebuah motosikal yang berjaya mengisi kekosongan antara kelas amatur 250cc dan varian lebih tinggi.

Ia mudah dikendalikan, kuasa yang mudah dikawal dan dilengkapi dengan perkakasan asas dari kelas lebih tinggi. Di Malaysia juga CB500 mendapat sambutan yang menggalakkan.

BACA: KLON YAMAHA R25 DARI CHINA

DI seluruh dunia, motosikal ini diterima dengan baik. Ia dilihat sebagai platform motosikal Honda yang cemerlang untuk memberi peluang kepada amatur berlatih sebelum menunggang dalam kelas yang lebih tinggi.

Bagaimana pula di China?

Mereka ada idea yang lebih bijak. 

Sebuah syarikat bernama Hengjian telah menghasilkan versi klon hampir 90 peratus sama dengan CB500. Foto di atas yang anda lihat tersebut ialah Hengjian HJ500.

Pembuat motosikal yang berpangkalan di Chongqing ini turut menghasilkan HJ500F & HJ500R, masing-masing merupakan klon Honda CB500F dan CBR500R.

Dari segi spesifikasi, Hengjiang HJ500X memiliki titik roda yang lebih panjang dari CB500X pada 1450 mm (CB500X 1.420 mm).

Pun begitu, ia lebih ringan pada kapasiti hanya 180kg (Honda CB500X 196 kg)

Hengjian dipasangkan dengan enjin 471cc, dua selinder sebaris, DOHC 8 injap sejukan cecair, hampir menyamai spesifikasi Honda. CUma kuasanya sedikit rendah pada 42.2 HP (CB500X 46.9 HP)

Paling menarik ialah harga jualannya sekitar 29,000 Yuan atau RM18,000 sahaja.

Bayangkan kalau masuk ke Malaysia. 500cc adventure yang lebih murah dari Kawasaki Versys X-250. 

 

Tags
Google ads
Back to top button