Buletin

LAND ROVER DEFENDER ELEKTRIK- MACAM MANA NAK BAWA MASUK HUTAN NI?

Land Rover Defender generasi seterusnya yang dijangka dipeerkenalkan setahun lagi dikatakan dilengkapi rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya (EV).

Pengeluar kenderaan dari Britain itu sebelum ini pernah memberi bayangan bahawa akan ada varian Defender EV. Nampaknya rancangan tersebut telah mendapat persetujuan daripada pihak perngurusan tertinggi Jaguar Land Rover.  

 

Walaupun khabar angin tersebut dikatakan datang dari seorang pegawai kanan Jaguar Land Rover, perincian mengenai jentera EV itu belum diedahkan. Justeru, timbul dakwaan Defender EV bakal menggunakan sekurang-kurangnya satu motor elektrik dan mungkin juga lebih.

Platform baharu Defender membolehkannya begitu fleksibel untuk dipasang dengan pelbagai rangkaian kuasa berbeza. Ia tidak berkongsi platform binaan pada model Evoque atau Land Rover Discovery Sport generasi seterusnya, mahupun platform besi/aluminium yang digunakan pada banyak model Jaguar.

Sebaliknya, Defender menggunakan platform aluminum khas. Selain EV, rangkaian kuasa yang dibekalkan kepada Defender ialah petrol, diesel dan hibrid.

Google ads
Back to top button